CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 1

[Perak] Gadis dilahirkan tanpa tangan, Norfarrah Syahirah akhiri zaman bujang

[Copy link]
Post time 23-7-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode

NORFARRAH Syahirah Shaari dan Zulfadli Syahrul melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Maaruf Parit 5 Sungai Sumun, Hutan Melintang di Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

BAGAN DATUK: Gadis yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, Norfarrah Syahirah Shaari melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya di sini hari ini.

Norfarrah Syahirah, 35, dan pasangannya, Zulfadli Syahrul, 33, melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Maaruf Parit 5, Sungai Sumun, Hutan Melintang di sini.

Norfarrah Syahirah yang lahir tanpa kedua-dua belah tangan, pernah viral kerana kemahirannya menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) dan memandu kereta menggunakan kaki.

Bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan, Norfarrah Syahirah  berkata, dia bersyukur kerana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang cukup sifat, memahaminya dan menerima kekurangan dirinya setelah setahun mereka berkenalan.

“Kekurangan anggota fizikal sejak lahir, pada awalnya saya tidak yakin dia boleh menerima kekurangan diri saya.

“Namun dia tetap meneruskan niatnya untuk berkawan dan hampir setahun kami berkawan, dia datang ke rumah membawa rombongan untuk bertunang tahun lepas .

“Saya sangat terharu dan sebak apabila dia menerima kekurangan saya,” katanya.

Sementara itu, Zulfadli yang bekerja di Kuala Lumpur berkata, perkenalan mereka bermula setahun lalu menerusi media sosial.

Katanya, pada awalnya dia cuba-cuba menghantar mesej kepada Norfarrah Syahirah melalui Facebook dan Instagram namun tidak berbalas.

“Hanya menjelang Hari Raya Aidiladha tahun lalu dia membalas mesej saya dan sejak itu kami berkenalan dan bertunang pada Julai lalu.

“Saya tidak pernah memikirkan kekurangan dirinya, sebagai manusia biasa kita juga ada kekurangan dan bagi saya semua orang dalam dunia ini sama,” katanya.

Sementara itu, majlis persandingan pasangan itu diadakan di Dewan Dato Mohamed Jamrah, Parit 7 Sungai Sumun, Hutan Melintang di sini.

Majlis berlangsung meriah dengan dihadiri saudara mara, rakan dan tetamu undangan. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... khiri-zaman-bujang/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 01:27 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040918 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list