View: 274|Reply: 0
|
[Perak]
Gara-gara Cikgu Fadli, peniaga beg dipanggil 'Cikgu', ditanya soalan matematik
[Copy link]
|
|
MUHAMAD Syafiq Ikmal Saizan dikatakan kembar Cikgu Fadli oleh netizen. FOTO Ihsan Muhamad Syafiq Ikmal Saizan
Ipoh: Gara-gara mempunyai wajah seiras, peniaga beg terpakai, Muhamad Syafiq Ikmal Saizan disangkakan kembar kepada guru Matematik popular di laman sosial, Mohd Fadli Mohamed Salleh atau dikenali Cikgu Fadli.
Hakikatnya, Muhamad Syafiq Ikmal, 25, dan Cikgu Fadli tiada pertalian darah.
Berkongsi kisahnya, Muhamad Syafiq Ikmal berkata, dia tidak menyedari persamaan itu sehingga ditegur oleh pengikut dan mereka yang singgah ketika sesi siaran langsung jualannya dalam aplikasi TikTok.
Berikutan persamaan itu, Muhamad Syafiq Ikmal pernah dipanggil 'Cikgu' oleh pengikut dan warganet.
"Mulanya saya tak kenal siapa Cikgu Fadli tetapi mula buat carian selepas ada pengikut masuk 'live' (siaran langsung) jualan saya dan beritahu wajah saya sama dengannya (Cikgu Fadli).
"Selain panggil saya Cikgu, ada yang sampai masuk dalam 'live' dan tanya soalan matematik dengan saya.
"Disebabkan itu, Cikgu Fadli pernah pelawa saya bersiaran langsung dengannya di TikTok dan dia (Cikgu Fadli) pun cakap muka saya sama dengan wajahnya 15 tahun lalu.
"Bagi saya, mungkin ada persamaan antara kami pada misai dan cara gelak kami berdua," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Muhamad Syafiq Ikmal yang juga penuntut Diploma Automotif mengakui persamaan wajah dengan Cikgu Fadli itu memberi impak positif kepada diri dan perniagaan yang dijalankan.
"Alhamdulillah, sedikit-sebanyak membantu juga apabila ada pengikut Cikgu Fadli khususnya daripada Facebook datang masuk 'live' saya di TikTok.
"Saya okay saja kalau orang nak cakap mengenai persamaan itu kerana sedar dalam dunia ini ada tujuh orang wajah serupa.
"Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya nak juga jumpa Cikgu Fadli dan dia pun tak keberatan bertemu saya jika ada masa sesuai," katanya yang menjalankan perniagaan sepenuh masa dan mempunyai premis di Desa Tambun, Perak serta aktif mengadakan jualan di TikTok sejak lima bulan lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ya-soalan-matematik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|