CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

[Selangor] Wanita acu pisau pada suami tak beri RM5,000

[Copy link]
Post time 25-7-2023 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Ampang: Berang suami enggan memberikan wang nafkah RM5,000, seorang isteri bertindak ala 'gengster' dengan mengacukan pisau dan mengugut lelaki itu dalam pergaduhan di rumah mereka di Taman Tasik Tambahan, di sini.

Bagaimanapun tindakan wanita warga Indonesia berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan dibuat suami wanita itu yang berusia 48 tahun, 6 Julai lalu.

"Peniaga itu mendakwa berselisih faham dengan isterinya ketika berada di rumah kira-kira jam 6 pagi. Mangsa mendakwa isteri meminta wang berjumlah RM5,000 untuk pulang ke kampung.

"Mangsa tidak mempunyai jumlah wang diminta menyebabkan isteri mengacukan pisau ke arah muka mangsa dan memberitahu akan merodok mulut mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bertindak atas laporan, Mohd Azam berkata, polis yang menjalankan siasatan mengesan wanita terbabit dan menahannya kira-kira jam 9 malam, kelmarin.

Katanya, semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

Beliau berkata, suspek direman empat hari sehingga Khamis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ami-tak-beri-rm5000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.044720 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list