CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 547|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

[Copy link]
Post time 25-7-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode

SEAN Edward dituduh menyebabkan kematian teman wanitanya. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: Seorang pereka grafik dan deejay kacukan Kanada didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana menyebabkan kematian teman wanitanya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Sean Edward Kenneth Quinn kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

"Faham," katanya ringkas.

Bagaimanapun, tidak pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sean, 30, didakwa menyebabkan kematian Nurin Najmina Mohd Redzuan, 24, di sebuah kondominium di Jalan Damansara, Bukit Kiara, jam 3 pagi, 12 Julai lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Sean diwakili peguam, Vivek Sukumaran manakala pendakwaan dikendalikan, Sareeka Balakrishnan.

Majistret kemudian menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... atian-nurin-najmina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.127336 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list