|
ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah bas Rapid KL, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Kuala Lumpur: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) mengesahkan sebuah bas Rapid KL laluan T780 Stesen LRT Kelana Jaya-Taman Mayang terbakar di hentian bas Jalan SS25/23, Petaling Jaya, pagi ini.
Rapid Bus dalam kenyataan hari ini berkata, kapten bas mengesan kebakaran di bahagian belakang kenderaan sebelum memberhentikan bas untuk pemeriksaan dan menurunkan penumpang.
"Bomba yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 6.59 pagi dan kebakaran berjaya dikawal serta dipadamkan sepenuhnya pada 7.40 pagi.
"Ketika kejadian, tiga penumpang berada di dalam bas, namun kapten dan penumpang tidak mengalami kecederaan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pihak Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan berhubung insiden.
Terdahulu, orang ramai yang melalui Jalan SS25/23 Kampung Chempaka terkejut selepas sebuah bas yang sedang bergerak terbakar.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 6.46 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aik-kesan-kebakaran |
|