CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Melaka] Penganggur mengaku salah cederakan bapa dengan pisau

[Copy link]
Post time 26-7-2023 04:06 PM | Show all posts |Read mode

AZMIZAL mengaku mencederakan bapa kandung dengan pisau minggu lalu. Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, atas pertuduhan mencederakan bapanya menggunakan pisau minggu lalu.

Muhamad Azmizal Ahmad, 28, membuat pengakuan itu sejurus dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, dia didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada jari tangan kanan, telinga kiri, bahu dan dada sebelah kiri bapanya, Ahmad Adam, 68, dengan menggunakan pisau.

Perbuatan itu dilakukan di ruang dapur rumah mereka sini, pada 20 Julai lalu, kira-kira jam 4.45 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan siasatan polis, kejadian berlaku selepas tertuduh berang apabila bapanya menasihatinya supaya tidak menghidu gam yang menjadi antara punca penagihan dadah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim yang menjalankan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 September ini untuk fakta dan hukuman terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-bapa-dengan-pisau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042978 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list