CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Meninggal dunia ketika berwuduk, 'reunion' akan duka tanpa Sabariah

[Copy link]
Post time 26-7-2023 05:38 PM | Show all posts |Read mode

Gambar kenangan Aliza dan suami bersama Sabariah ketika menziarahinya di kampung.FOTO Ihsan Aliza

Putrajaya: Sahabat hingga ke akhir hayat. Itulah gambaran yang sesuai buat Siti Sabariah Mohd Apandi, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berwuduk dan bersiap sedia untuk menunaikan solat Zuhur, semalam.

Berita sedih itu dikongsi rakan-rakanarwah di media sosial menyatakan, sepatutnya Sabariah hadir bertemu rakan-rakanpada majlis perjumpaan 'Reunion SMA 65' Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (SMA), Sabak Bernam di Shah Alam, 5 Ogos ini.

Rakan arwah yang juga usahawan dari Shah Alam, Aliza Kahar, 58, berkata, berita itu amat mengejutkan kerana arwah adalah seorang rakan yang sangat baik dan sentiasa mengingati rakan-rakan walaupun tinggal berjauhan.

Menurutnya, arwah beriya-iya untuk hadir pada program itu dan beliau juga sudah menyelesaikan dua pembayaran dan berjanji akan hadir dengan ditemaninya anak perempuanya selain berjanji akan membawa dua hadiah untuk diberikan kepada rakan.

"Pemergian arwah memberi kesan yang mendalam kerana walaupun kami tinggal berjauhan namun setiap kali pulang ke kampung saya tidak lupa menziarahinya dan ketika pulang pasti arwah akan membekalkandengan tanaman kampung seperti ubi,sayurdan pisangkerana arwah rajin bercucuk tanam," katanya.

Sementara itu, sSurirumah, Rosmah Mustafa, 58, dari Bandar Baru Sentul, berkata, Ahad lalu dia ada menghubungi Sabariah bertanyakan khabar dan beliau berkali-kali menyatakan akan hadir pada majlis itu dan akan membekalkan tapai ubi buatannya yang digemari rakan-rakan kerana beliau pakar menyediakan makanan tradisional itu.

"Sebelum ini arwah juga pernah menghadiri beberapa program reunion yang diadakan, namun sambutan pada kali ini pastinya akan suram tanpa kehadirannya.

"Semoga arwah ditempatkan ditempat yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT dan kami semua akan merinduinya kerana Sabariah adalah seorang yang peramah, menghormati rakan-rakandan disenangi semua pihak," katanya.

Jenazah arwah disolatkandi Masjid Ar-Rahmaniah, Sungai Air Tawar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Air Tawar selepas solat Isyak malam tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duka-tanpa-sabariah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.133816 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list