CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Johor] Tiga beranak bergantung hidup guna pencen ilat

[Copy link]
Post time 27-7-2023 09:54 AM | Show all posts |Read mode

Shahrudin menunjukkan kesan rawatan dialisis di tangan kanannya yang dilakukan sejak tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Sebuah keluarga dari Felda Air Tawar 2 di sini terpaksa melupakan segala keselesaan yang dinikmati selama ini apabila si suami kehilangan sumber pendapatan ekoran masalah kesihatan.

Shaharudin Sharon, 40, ber­kata, dia kini hanya bergantung kepada pencen ilat untuk me­nyara isteri dan seorang anak selain duit tersebut digunakan untuk membayar kos rawatan dialisis.

Menurutnya, semua ujian itu berlaku selepas dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak tahun lalu yang menyebabkannya terpaksa berhenti kerja sebagai penyelia ladang di Felda Plantation.

“Kesihatan saya mula merosot selepas ambil vaksin ketiga tahun lalu sehingga dimasukkan ke wad. Hasil ujian darah doktor mendapati bacaan buah pinggang saya sudah tahap kronik dan hanya 6 peratus berfungsi.

“Selepas itu bermulalah pro­ses dialisis. Ekoran keadaan kesihatan yang semakin merundum, saya tidak dapat bekerja sejak Februari lalu kerana tidak lagi mempunyai kemampuan fizikal,” katanya ketika ditemui di Felda Air Tawar 2 di sini baru-baru ini.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, dia memperoleh pencen ilat sebanyak RM1,200 sebulan, namun tidak cukup untuk menampun kos bayaran kereta, dan perbelanjaan harian keluarga.

Katanya, kos dialisis sehingga Januari lalu ditanggung oleh syarikat dan selepas tamat perkhidmatan, separuh dari kos dialisis perlu ditanggung sendiri sementara separuh lagi oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kos dialisis sahaja mencecah RM4,000 sebulan,” katanya yang telah berkhidmat selama 10 tahun dengan Felda Plantation.

Shaharudin berkata, dia kini dalam proses untuk memohon bantuan Baitulmal selain merancang untuk memohon kad orang kelainan upaya (OKU).

Dalam pada itu, orang ramai yang mahu memberi bantuan boleh salurkan ke akaun Maybank 151071503654 milik Shaharudin.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... p-guna-pencen-ilat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 1.182492 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list