CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Selangor] Tertekan pedal minyak, wanita rempuh kedai

[Copy link]
Post time 27-7-2023 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan kereta yang merempuh kedai itu di Jalan Yusof Shahbudin 28, Taman Sentosa, Klang.

KLANG – Seorang wanita dipercayai tertekan pedal minyak dan menyebabkan kereta dipandunya merempuh sebuah kedai serbaneka di Jalan Yusof Shahbudin 28, Taman Sentosa di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyebabkan kerosakan pintu masuk utama premis berkenaan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mendapati kereta itu sudah beredar setibanya polis di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita itu dipercayai tertekan pedal minyak dan hilang kawalan. Kereta yang dipandu mangsa kemudian terus meluru ke depan lalu melanggar pintu masuk kedai tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, polis masih mengesan kenderaan dan pemandu terlibat yang masih belum membuat laporan kemalangan setakat ini dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial memaparkan sebuah kereta terperosok di pintu depan kedai serbaneka tersebut. -KOSMO!ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... anita-rempuh-kedai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.071813 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list