CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Melaka] 5 rakan termasuk seorang wanita bebas tuduhan edar, miliki dadah

[Copy link]
Post time 27-7-2023 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Empat lelaki serta seorang wanita dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dan memiliki dadah oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh di sini, hari ini.

Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Nizam Makzan, 34, Nurshahira Hamraj, 27, Hairudin Ramle, 24, Muhammad Hilmi Rosly, 33, dan Dermawan Muhammad, 38, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Mohd Radzi berkata, mahkamah mendapati tiada keterangan jelas daripada pihak pendakwaan untuk menyokong keberadaan tertuduh di meja kopi di sebuah rumah yang mana dadah berkenaan ditemukan yang menunjukkan tertuduh mempunyai milikan atau berurusan dengan bahan terlarang itu.

"Oleh kerana pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan, maka mahkamah mendapati elemen mengedar dan menyimpan dadah gagal dibuktikan pihak pendakwaan, justeru kelima-lima tertuduh dilepas dan dibebaskan atas empat pertuduhan," katanya.

Lima rakan itu didakwa dengan niat bersama mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 166.24 gram (g) dan tiga pertuduhan memiliki heroin seberat 1.44g, monoacetylmorphines (1.81 g) dan ketamin (17.66 g).

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Semabok di Melaka Tengah, kira-kira jam 1 pagi pada 22 Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mereka juga dituduh di bawah Seksyen 12(2) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof manakala peguam, Mak Kah Keong, Tiu Leong Kim, Datuk Hanif Hassan, Azrul Zulkifli Stork dan Andrew Lourdes masing-masing mewakili setiap seorang tertuduh.

Sebelas saksi dipanggil pihak pendakwaan untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-edar-miliki-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.048376 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list