Edited by pengecattaik at 29-7-2023 01:02 AM
PORT DICKSON - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar secara berseloroh menyatakan beliau kasihan dengan Perikatan Nasional (PN) terutamanya Pas.
Menurutnya, hanya dua pemimpin dalam negara yang pernah melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat dan parti kafir.
Dua individu itu ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun, kini, kedua-dua pemimpin itulah disanjung Pas.
"Saya belum pernah dengar pemimpin UMNO kata Pas itu Parti Ajaran Sesat. Siapa yang sebut? Muhyiddin."Satu-satunya pemimpin negara yang kata Pas parti kafir... Dr Mahathir.
"Itu yang mereka usung sekarang. Kesian... Kita patut kesian kepada mereka," katanya.
Tambah beliau, apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sakit dan ada yang mendoakan beliau meninggal dunia, pantas individu itu diarahkan meminta maaf.
"Itu cara, nilai akhlak Malaysia Madani tapi mereka hari-hari maki hamun.
"Ada ustaz, Tok Guru di depan, mereka masih senyum. Apa jenis agama diajar?
"Kita dalam agama mesti muliakan orang. Berbeza warna kulit, budaya bukan untuk menghina tapi untuk kita hargai satu sama lain," tegasnya. - Awani.
|