View: 1168|Reply: 0
|
[Johor]
Bekas pemain Liga Super tak mengaku pecah rumah
[Copy link]
|
|
Mohd Azinee (baju oren, dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan pecah rumah dan memiliki harta curi, bulan lalu dan awal bulan ini. FOTO FARID NOH
Pontian: Bekas pemain Liga Super Malaysia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan pecah rumah dan memiliki harta curi, bulan lalu dan awal bulan ini.
Mohd Azinee Taib, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Nur Azuin Abdul Moati.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Azinee dituduh bersama-sama dua lagi rakan sejenayah yang masih bebas memecah masuk ke sebuah rumah di Taman Benut Utama, Benut, di sini untuk mencuri.
Kesalahan itu dilakukan pada kira-kira jam 12.05 tengah hari pada 8 Jun lalu.
Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Azinee dituduh bersama-sama dua rakannya, Muhammad Hairul Hafiz Muzaren, 24, dan Khairul Akmal Zainol Abidin, 31, telah memecah sebuah rumah di Taman Cendana, Benut, di sini.
Kesalahan itu dilakukan mereka kira-kira jam 1.15 petang pada 3 Julai lalu.
Bagi pertuduhan ketiga pula, Mohd Azinee dituduh menyimpan harta curi membabitkan sebuah telefon bimbit jenama OPPO A5 berwarna putih milik mangsa rumah yang dipecah masuk.
Kesalahan itu dilakukannya di Jeti Nelayan Ayer Baloi, di sini, kira-kira 4.30 petang, pada 3 Julai lalu.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mengaku-pecah-rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|