CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Warga Taiwan 'runner' sindiket dadah diberkas, dadah RM572,000 dirampas

[Copy link]
Post time 31-7-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Shuhaily (dua dari kiri) menunjukkan rampasan dadah serta senjata api pada susulan tangkapan warga Taiwan di di IPK Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Genes Gulitah

Kuala Lumpur: Taktik sindiket pengedaran dadah menjadikan rumah kedai sebagai stor terbongkar selepas seorang warga Taiwan dipercayai 'runner' dicekup, dalam Operasi Khas di sebuah pangsapuri di Cheras, di sini, 27 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai bersekongkol menjadi orang suruhan seorang lagi suspek warga tempatan yang sedang dikesan.

"Pemeriksaan tubuh menjumpai 10 biji pil dipercayai erimin 5 dan dipandu arah oleh suspek pihak polis ke sebuah rumah kedai di Kajang, Selangor.

"Premis itu dipercayai dijadikan stor untuk menyimpan dadah, hasil pemeriksaan polis turut menemui sepucuk pistol jenis Glock dan 30 butir peluru hidup," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek yang masuk menggunakan pas lawatan sosial pada 2016 baru sahaja dibebaskan selepas ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 pada 2018.

Katanya, suspek seterusnya ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di Penjara Sungai Buloh sejak tahun 2020, sebelum dibebaskan sekitar Februari lalu.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya merampas 20,000 biji pil erimin 5, methamphetamine (3.2 kilogram (kg); ekstasi (3.2kg); MDMA (0.6); pati heroin (0.7kg) dan nilai keseluruhan dadah dirampas RM572,000.

"Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti pembekal dari mana asalnya dadah berkenaan namun kita percaya ia untuk pasaran tempatan.

"Dia (suspek) adalah runner untuk seorang lelaki warga tempatan, kalau dapat (kesan) baru kita boleh tahu lebih lanjut," katanya.

Katanya, identiti lelaki tempatan itu sudah dikenal pasti dan usaha menjejak suspek berkenaan sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya sedang menanti keputusan ujian balistik bagi menentukan asal usul senjata api terbabit.

"Suspek direman tujuh hari sejak 28 Julai hingga 3 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-rm572000-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.287325 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list