View: 805|Reply: 0
|
[Johor]
Pandu melulu, 5 Lamborghini disita
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat. FOTO Izz Laily Hussein
Iskandar Puteri: Polis Johor membuka kertas siasatan terhadap lima pemandu Lamborghini yang memandu secara bahaya di Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi, kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semua kereta mewah itu juga disita untuk siasatan lanjut.
"Kita telah membuka satu kertas siasatan terhadap kes berkenaan dan ia akan dilengkapkan dalam masa terdekat.
"Ujian saringan awal air kencing semuanya negatif bahan terlarang," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video berdurasi 71 saat yang memaparkan beberapa buah kereta Lamborghini yang dipercayai dalam satu konvoi, memotong laluan secara bahaya di SDE.
Pada masa sama, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan atau undang-undang dan sentiasa berhemah ketika di atas jalan raya.
"Kita alu-alukan kehadiran sesiapa sahaja yang ingin bercuti dan sebagainya di negeri ini, tetapi perlulah berdisiplin dan ikut peraturan.
"Setiap jalan dan kenderaan kini ada kamera, jadi hati-hatilah. Pengguna jalan raya yang lakukan perkara tak elok, andai anda dirakam dan ditularkan akan sebabkan anda diambil tindakan, jadi hati-hati," katanya.
Kelmarin, pada jam 11.40 pagi, polis mengesan lima pemandu warga tempatan berusia 44 hingga 64 tahun di sekitar Desaru, Kota Tinggi.
Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan polis, selepas keterangan mereka diambil di IPD Kota Tinggi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lamborghini-disita |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|