CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1591|Reply: 0

[Melaka] 32 pelajar keracunan selepas nikmati ayam masak lemak cili padi

[Copy link]
Post time 1-8-2023 02:56 PM | Show all posts |Read mode

SMK Tinggi Perempuan Melaka. FOTO Ihsan blog sekolah

Melaka: Masakan ayam masak lemak cili padi disyaki penyebab 32 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan Melaka, menerima rawatan apabila mengalami simptom keracunan makanan, sejak awal pagi semalam.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Ngwe Hee Sem berkata, kesemua pelajar itu mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah sebelum dibawa ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, simptom itu mula dialami pelajar pada pagi Isnin dan disyaki berpunca daripada masakan ayam masak lemak cili padi yang dimakan pada malam Ahad.

"Bagaimanapun tiada yang dirujuk ke hospital, mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Peringgit.

"Pelajar mendakwa ketika menikmati hidangan itu terdapat perubahan fizikal pada ayam malah rasanya juga agak pelik.

"Selepas itu mereka mula mengalami gejala keracunan makanan sebelum dibawa mendapatkan rawatan," katanya pada sidang media di Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri MelakaKe-15, di Ayer Keroh, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Ngwe berkata, susulan itu, dapur asrama terbabit diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) juga sudah meminta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah untuk melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar berlakunya keracunan makanan itu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga 31 Julai tahun ini terdapat lapan kes keracunan makanan dilaporkan di seluruh Melaka dan lima daripada jumlah itu membabitkan kejadian di sekolah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sak-lemak-cili-padi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.227743 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list