CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 0

[Selangor] Lori roti kena curi

[Copy link]
Post time 1-8-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Subang Jaya: Lori milik syarikat Gardenia yang diletakkan di tepi jalan berhadapan sebuah stesen minyak di Taman Puchong Utama, Puchong dicuri lelaki tidak dikenali semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pada jam 4.20 petang, pemandu lori berusia 34 tahun meninggalkan lori itu dalam keadaan enjin hidup dan hanya mengunci pintu.

Menurutnya, lelaki itu kemudian masuk ke dalam stesen minyak untuk membuat transaksi wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Pada jam 4.30 petang, dia kembali dan dapati lori itu hilang dicuri menyebabkan kerugian anggaran RM40,000.

"Hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, dapati pada jam 4.24 petang, suspek lelaki bangsa tidak pasti berpakaian baju sejuk hitam dan seluar panjang berwarna hitam serta memakai topi keledar warna kelabu melarikan lori itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek meninggalkan motosikal jenis Honda EX5 yang dilaporkan hilang di kawasan Serdang.

"Kes diklasifikasikan sebagai curi kenderaan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).

"Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin masih hidup untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku," katanya.

Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Jefri Mohamad di talian 012-9854484.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lori-roti-kena-curi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040587 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list