CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1162|Reply: 0

[Perak] Graduan IT pilih ternak ikan

[Copy link]
Post time 2-8-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Khalid mengusahakan sangkar ikan air tawar di Kampung Ekor Lambat, Parit.

Parit: Minat mendalam terhadap bidang penternakan air tawar mendorong Mohd Khalid Ka'ab, 40, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) menceburinya secara serius.

Berkongsi pembabitannya dalam bidang itu, beliau berkata, dia mula membeli 20 sangkar ikan air tawar dalam Sungai Perak di Kampung Ekor Lambat, di sini pada penghujung 2018 dan mula beroperasi awal 2019 sewaktu masih berkhidmat di UTP.

Selain Khalid, ada lima lagi pengusaha ikan sangkar di kampung berkenaan.

"Sebelum itu lagi, saya mula bergaul dengan komuniti penternak di kawasan ini kerana membantu mereka membuat kertas kerja bagi memohon bantuan kepada agensi kerajaan berkaitan.

"Antara hasilnya berjaya menarik taraf kawasan berkenaan dengan penurapan jalan tar, pemasangan lampu jalan berteknologi solar serta pembinaan landas bot bagi memudahkan urusan harian penternak di Kampung Ekor Lambat.

"Berkat sokongan kuat keluarga dan minat yang tinggi untuk membabitkan diri di dalam bidang ini, saya melabur RM64,000 bagi tujuan mengambil alih 20 sangkar ingin dijual pemilik lama serta membeli lebih 30,000 benih ikan patin, talapia merah, jelawat dan makanan ikan untuk semusim.

"Berbekalkan iltizam serta semangat tinggi, pada tahun lalu, saya membuat keputusan beralih dari bidang profesional kepada bidang ini secara sepenuh masa.

"Pengetahuan soal penternakan ini saya peroleh melalui pertanyaan terus dengan rakan pengusaha berpengalaman," katanya.

Bapa dua anak itu berkata, pembabitannya atas kesedaran kepentingan food security seperti disarankan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad melalui salah satu flagship Perak Sejahtera 2030 iaitu Lembah Bakul Makanan Malaysia (Sekuriti Makanan).

Mohd Khalid berkata, melalui program itu, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Jabatan Perikanan bertindak sebagai peneraju banyak menyalurkan bantuan berupa kemudahan dan input hingga beliau dapat menghasilkan pengeluaran satu hingga 1.5 tan ikan setiap bulan yang dipasarkan kepada pelanggan tetap di dalam dan luar Perak.

"Februari lalu, Perak SADC beri pinjaman RM54,000 menerusi Program Pinjaman Kepada Usahawan yang saya manfaatkan dengan pembelian tong ikan serta baik pulih struktur besi sangkar.

"Jabatan Perikanan beri bantuan makanan ikan tahun lalu dan sediakan lampu solar pada sangkar.

"Antara ancaman yang kami komuniti penternak di sini adalah memerang. Oleh sebab itu bahagian sangkar sentiasa bertutup jaring, manakala dengan adanya lampu membantu mengurangkan kehadiran memerang waktu malam," katanya.



Mohd Khalid menghasilkan produk daripada lembu ternakannya sendiri seperti daging salai atas jenama Rajawali Horizon Ventures.

Mengulas mengenai cabaran dihadapi golongan penternak ikan air tawar, Mohd Khalid berkata, isu harga makanan ikan semakin mahal menghantui kemampuan kewangan mereka.

"Pada 2019, harga satu beg pellet 20 kilogram (kg) RM55, tapi sekarang harga mencecah RM80. Sehari saya guna tiga beg. Jadi di situ kita risau jika harga makanan ikan meningkat pastinya menyulitkan kos kami.

"Saya harap Jabatan Perikanan dapat meluluskan bantuan pinjaman supaya kami penternak di Kampung Ekor Lambat dapat beli mesin pembuat makanan ikan dan hasilkan makanan ikan sendiri, sekali gus mengurangkan bebanan kos input perlu ditanggung.

"Masalah kedua, kami hadapi isu benih ikan tidak cukup kerana selain ikan segar, permintaan negeri lain terhadap benih ikan dari hatceri Perak juga tinggi," katanya.

Menurutnya, dua masalah itu penting untuk diselesaikan kerana patin Sungai Perak boleh dijenamakan dan mempunyai potensi lebih besar kerana air Sungai Perak bersih dan berkualiti berbanding tempat lain.

Selain ternakan ikan sangkar, Mohd Khalid terbabit dalam penternakan lembu pelbagai baka di Kampung Serkai Jadi, Tronoh sejak 2020 yang diusahakan bersama seorang rakan kongsi selepas mengikuti Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) yang dilaksanakan Jabatan Pertanian.

Menurutnya, beliau berterima kasih kepada Jabatan Veterinar yang membantu dari segi pemantauan serta penjagaan kesihatan 100 lembu ternakannya sehingga membolehkan dia memasarkan produk seperti daging segar 1kg dan daging salai di bawah jenamanya sendiri, Rajawali Horizon Ventures di kedai sejuk beku sekitar Seri Iskandar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-pilih-ternak-ikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.082678 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list