CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 0

[Melaka] Malam sebelumnya kakak elok saja, esoknya dia hilang

[Copy link]
Post time 2-8-2023 04:34 PM | Show all posts |Read mode

INTAN Nur Diyana hilang sejak 29 Julai lalu. FOTO Ihsan keluarga.

Melaka: "Malam sebelumnya elok saja dia bergelak ketawa dengan saya dan adik-beradik lain, tiba-tiba esoknya hilang dari rumah," kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Su mengenai anaknya, Intan Nur Diyana Syahrul Anuar, 16, yang hilang sejak Sabtu lalu.

Su, 35, berkata dia dan suami buntu dan merayu anak sulung daripada empat beradik itu pulang kerana amat bimbang keselamatannya yang keluar sehelai sepinggang.

Dia yang bekerja sebagai tukang sapu berkata, sebelum kejadian tiada perbalahan antara mereka malah anaknya yang mesra disapa 'kakak' kelihatan normal seperti hari-hari lain.

"Hari kejadian saya tengok kakak masih ada dalam biliknya antara 7 hingga 8 pagi sebelum dia membantu mengemas rumah dan menyapu sampah di halaman.

"Sekitar jam 9 pagi saya memanggilnya kerana hari hujan dan kilat, namun tidak bersahut dan terkejut mendapati dia sudah tiada di rumah.

"Puas saya mencari di dalam bilik dan di sekitar rumah namun tidak menemuinya yang keluar sehelai sepinggang," katanya dihubungi Harian Metro hari ini.

Dia membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir, di sini, pada petang Ahad lalu selepas buntu mencari anaknya itu.

Su berkata, kali terakhir dia melihat anaknya itu berpakaian baju putih lengan panjang, berseluar hitam dan tidak memakai tudung.

"Kakak tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, cuma dia ada mengadu sakit selepas menjalani pembedahan buasir di Hospital Melaka pada 29 Jun lalu," katanya.

Dia turut mengakui anaknya pernah beberapa kali keluar rumah tanpa pengetahuan sebelum ini namun pulang semula.

"Baru-baru ini kakak juga ada mengadu dia sudah memutuskan hubungan dengan seorang lelaki yang pernah datang merisik kerana mahu tumpu pelajaran dan saya menyokongnya.

"Tiba-tiba dia hilang, saya dan suami serta keluarga sudah mencari di serata tempat di kawasan ini, namun tidak jumpa.

"Rakan-rakan turut bantu mencari hingga ke Alor Gajah dan saya berharap anak pulang segera dengan selamat," katanya.

Katanya, orang ramai yang pernah melihat atau mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 017-6928859 atau 01117513805 (ayah) atau mana-mana balai polis berhampiran.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -esoknya-dia-hilang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.309871 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list