CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1960|Reply: 0

[Selangor] 2 premis seleweng minyak masak bersubsidi diserbu

[Copy link]
Post time 3-8-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam dua serbuan berasingan di Rawang. FOTO Ihsan KPDN

Rawang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDN Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota pada Penguatkuasa KPDN Putrajaya bermula 6 petang itu adalah hasil risikan beberapa hari sebelum operasi dilancarkan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi serbuan pertama iaitu di sebuah premis tanpa nama di Pusat Perdagangan Sri Pagi, Sungai Choh, di sini, mendapati beberapa individu sedang leka melakukan aktiviti memotong bungkusan minyak masak paket satu kilogram (kg) bersubsidi yang kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan membeli minyak masak paket sekilogram bersubsidi, kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki dan dibotolkan semula sebelum dijual mengikut harga terkini pasaran minyak masak bukan bersubsidi.

"Dalam satu lagi serbuan berasingan di sebuah premis disyaki menjalankan aktiviti jual beli minyak masak terpakai yang terletak di Kawasan Perindustrian Anugerah Suria, mendapati beberapa individu sedang leka melakukan aktiviti pemindahan minyak masak ke dalam sebuah lori tangki," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas premis itu menemukan sejumlah minyak masak baharu yang siap diproses disyaki akan dijual di pasaran.

"Modus operandi premis adalah berselindung di sebalik aktiviti jual beli minyak masak terpakai dan berurusniaga dengan barang kawalan.

"Hasil serbuan di kedua-dua premis terbabit membabitkan rampasan ke atas minyak masak dengan jumlah keseluruhan sebanyak 12,000 kilogram (kg), beberapa peralatan yang digunakan seperti pam bermotor, hos penyambung, gunting besi, telefon bimbit, alat decoder kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa dokumen perniagaan lain yang akan digunakan bagi tujuan siasatan lanjut.

"Nilai rampasan bagi kedua-dua kes ini dianggarkan berjumlah RM60,000," katanya.

Katanya, seramai enam lelaki warga tempatan dan sembilan sembilan individu termasuk dua daripadanya wanita bukan warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini akan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

"Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bersubsidi-diserbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.079368 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list