CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1909|Reply: 0

[Perak] 45 murid di Perak dijangkiti HFMD

[Copy link]
Post time 5-8-2023 10:05 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata sehubungan itu terdapat beberapa kelas prasekolah dan sekolah rendah diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah selama 10 hari.

"… murid yang terbabit diberi cuti kuarantin bagi membendung penyakit tersebut daripada terus merebak," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pesta Buku Perak 2023 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Bagaimanapun Khairudin berkata penularan HFMD di negeri ini belum berada di tahap yang membimbangkan namun pihak berkaitan telah mengambil langkah kawalan sewajarnya supaya ia tidak berleluasa.

Dalam perkembangan lain Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak masih menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil tindakan terhadap pelajar sebuah sekolah menengah di Gunung Rapat yang terbabit dalam kes buli, bulan lalu.

Beliau berkata sekiranya terdapat perkara menyalahi undang-undang dalam kes berkenaan, tindakan berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan diambil terhadap pelajar terbabit.

Katanya ketika ini kedua-dua mereka iaitu pelajar Tingkatan Tiga yang mengalami kecederaan akibat dibuli seorang lagi pelajar Tingkatan Lima sekolah itu dibenarkan bersekolah seperti biasa.

"Kedua-dua pelajar itu boleh hadir ke sekolah seperti biasa bergantung kepada kebenaran daripada ibu bapa masing-masing.

"Pihak sekolah juga telah mengambil SOP tertentu bagi mengelakkan kejadian buli tidak berulang lagi," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Khairudin dilaporkan pelajar lelaki terbabit adalah atlet sepak takraw dibuli dengan mangsa ditendang dan dipijak oleh seorang pelajar senior.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan dilapor berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 24 Julai lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rak-dijangkiti-hfmd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.075559 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list