Malah, dia juga sudah membuat beberapa persiapan bagi menyambut kelahiran anak keduanya itu.
"Saya memang idamkan anak kedua dan saya jangka itu anak lelaki, jadi saya dah buat persiapan.
"Macam pakaian, tab mandi dan sebagainya... sebab masa Rina tak ada peralatan itu semua. jadi kita beli untuk anak kedua ini," ujarnya.
Meskipun rezeki anak kedua itu tidak memihak mereka, Ryzal berkata dia berlapang dada menerima ketentuan takdir itu.
"Apabila tahu ada pendarahan, saya yakinkan diri ini bukan keguguran cuma pendarahan biasa.
"Mulanya saya anggap mainan perasaan tapi bila buat pemeriksaan doktor cakap dah gugur. Air mata saya berguguran ketika itu.
"Saya percaya mungkin bukan rezeki kami lagi... mungkin sebab persediaan tidak cukup dari segi kewangan atau fizikal," luahnya.
Selepas beberapa bulan berlalu, Ryzal berkata dia dan isteri masih belum mampu melupakan kenangan indah itu.
Malah, sehingga kini dia menyerahkan soal rezeki anak kepada Allah SWT.
Untuk rekod, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 lalu selepas mengenal hati budi di Korea Selatan.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Rina pada 2012 lalu.
Sumber: mStar