CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7042|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jodoh Danny dan Nur Azera hanya dua minggu

[Copy link]
Post time 5-8-2023 05:42 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR kenangan perkahwinan Danny dan Nur Azera Fatehah di Layang-Layang, Johor. FOTO arkib

Kuala Lumpur: "Saya tahu perceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai di situ saja," luah pemilik salon dikenali Danny.

Danny, 40, memberi reaksi itu bagi menjawab desus-desus mengenai status perkahwinannya dengan Nur Azera Fatehah Abdullah, 22, yang dikatakan sudah berpisah selepas dua minggu berumah tangga.

Dakwaan itu timbul sejak beberapa hari lalu dan dapat dihidu netizen selepas Danny memuat naik video dan gambar kenangan bersama Nur Azera Fatehah dengan kapsyen 'Aku reda' disusuli emoji sedih.

Lebih menimbulkan tanda tanya netizen apabila tiada lagi video pasangan itu di akaun TikTok Danny seperti dimuat naik sebelum ini dan ia dipercayai sudah dipadam selepas apa yang berlaku.

Berkongsi kisah sebenar, Danny mengakui sudah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya pada 30 Julai lalu jam 4.04 petang.

Katanya, lafaz talak itu dibuat menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.

"Saya tak boleh kongsikan punca perpisahan secara terperinci tetapi apa boleh saya katakan, ia terjadi kerana tiada keserasian di antara kami.

"Saya buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dulu.

"Keluarga memang bising terutama emak dan saya tak jawab panggilan telefonnya sehingga ke hari ini kerana belum bersedia nak ceritakan hal sebenar," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Jauh di sudut hati, Danny sedih mengenangkan tempoh perkahwinannya yang singkat dan hanya bertahan setakat dua minggu saja.

"Tapi sebagai manusia siapa saya untuk melawan takdir jadi reda dengan ketentuan-Nya.

"Jujurnya saya tak salahkan dia (isteri) atau menyimpan dendam terhadapnya kerana mungkin saya pun ada salah tanpa sedar atau gagal jadi suami yang baik buatnya.

"Walaupun bukan lagi suami isteri selepas ini, harap kami boleh menjadi kawan baik yang boleh berkongsi masalah.

"Buat masa ini, saya belum terfikir nak ubah keputusan namun tak menolak seandainya disatukan semula di kemudian hari," katanya.

Danny turut menyangkal dakwaan segelintir netizen yang mengatakan perkahwinannya dengan Nur Azera Fatehah sekadar satu 'content' (bahan kandungan perkongsian) semata-mata.

"Saya tahu daripada sebelum berkahwin hingga kini memang ada segelintir netizen mengatakan perkahwinan saya satu 'content'.

"Cuba fikir saya berkahwin menggunakan duit dan memang ikhlas nak halalkan isteri jadi takkan saya sanggup buat semua itu demi 'content'?

"Bagaimanapun, saya maafkan mereka yang melemparkan tuduhan itu dan bersyukur kerana ramai beri kata semangat juga mendoakan kami.

"Dalam tempoh dua minggu perkahwinan itu, saya dapat merasai pengalaman menjadi suami, belajar erti kasih sayang kepada wanita dan merasakan nikmat hidup berkeluarga yang diinginkan walaupun sementara," katanya yang tidak serik untuk berkahwin lagi dan dijangka mendaftarkan kes permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi ,Selangor pada Isnin depan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah perkahwinan Danny dengan Nur Azera Fatehah iaitu wanita yang sebelum ini berperwatakan lelaki.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 15 Julai lalu dalam majlis pernikahan di rumah keluarga Nur Azera Fatehah dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor.

Uniknya perkahwinan mereka adalah kerana Danny dan Nur Azera Fatehah hanya berkenalan selama lima hari sebelum sepakat berumah tangga.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ra-hanya-dua-minggu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049297 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list