CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2828|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Air minuman SiHulk masih ada dijual dalam talian

[Copy link]
Post time 6-8-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar jualan air SiHulk di platform e-dagang, namun ia dilihat tidak aktif.

Kuala Lumpur: Air minuman jenama SiHulk yang didakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit didapati masih dijual secara dalam talian setakat ini namun aktivitinya tidak aktif.

Tinjauan Harian Metro dagang mendapati penjualan air berkenaan masih berada di dua laman e-dagang dengan seorang peniaga di setiap platform itu.

Bagaimanapun, pemerhatian mendapati peniaga di sebuah platform e-dagang sudah tidak aktif sejak 13 minggu lalu dan hanya ada dua ulasan pelanggan dengan pembelian terakhirnya pada Mac tahun lalu.

Berdasarkan penerangan tertera, air minuman yang dijual sekotak dengan 10 botol berharga RM80 itu menyatakan mempunyai madu yang ditapai bagi mengaktifkan bakteria baik.

Manakala di sebuah lagi platform, air minuman itu didakwa menggunakan bahan organik mengikut nisbah tertentu dan kiraan falak yang mempunyai getaran tinggi frekuensi warna-warna alam yang baik untuk kesihatan zahir dan batin.

Sementara itu, tinjauan dilakukan di premis perniagaan mendapati tiada aktiviti penjualan air itu malah peniaga mengakui tidak mengetahui jenama berkenaan sebelum ini.

Pemilik pasar raya mini dikenali sebagai Adib, 27, dia mengetahui mengenai jenama air berkenaan selepas berita mengenai ajaran sesat itu dilaporkan media dan mengakui sebelum ini dia juga tidak pernah mendengar jenama itu.

Menurutnya, sebagai peniaga, dia tidak menerima air yang ditawarkan pembekal dengan mudah terutama yang mendakwa boleh membantu menyembuhkan penyakit kronik atau memberi tenaga tambahan kerana bimbang menjejaskan pelanggan.

"Kami tidak menjual air itu, malah mendengar namanya juga tidak pernah dan belum juga pernah muncul di Facebook saya sebelum ini. Apabila media dedahkan baru kami tahu dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Penguatkuasaan tegas perlu dilakukan bagi mencegah ia terus dijual di pasaran kerana itu secara tidak langsung menyumbang kepada kumpulan berkenaan yang kita tahu ajaran dibawanya sesat dan kerajaan juga sudah mengeluarkan fatwa," katanya.

Peniaga kedai runcit dikenali Muhammad, 25, berkata, dia juga tidak mengetahui jenama air itu yang turut dikatakan popular ketika pandemik Covid-19, tiga tahun lalu.

"Selepas mendengar berita mengenai air itu tidak dibenarkan dijual di pasaran, kami mengambil maklum perkara itu dan sebelum ini juga tiada air itu di kedai kami," katanya.

Semalam media melaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menyiasat aktiviti jualan secara dalam talian minuman kesihatan jenama SiHulk yang mendakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh dilaporkan berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 bagi membendung sebarang bentuk pengiklanan produk kesihatan yang tidak sah dan tidak diperakui.

Julai lalu, media melaporkan penutupan aktiviti perniagaan membabitkan kilang air minuman yang dipasarkan kumpulan ajaran sesat SiHulk di Johor Bahru, Johor susulan penarikan sijil halal dan gagal mematuhi piawaian ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dijual-dalam-talian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list