CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2330|Reply: 0

[Perak] Salah guna surat sokongan kutip derma, 2 remaja warga Thailand ditahan

[Copy link]
Post time 7-8-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Ipoh: Polis menahan dua remaja warga Thailand yang didapati menggunakan surat sokongan yang ditandatangani oleh Ketua Polis Perak secara salah bagi tujuan mengutip derma.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kedua-dua remaja lelaki berusia 17 tahun berkenaan ditangkap sepasukan polis daripada Balai Polis Gopeng selepas dipercayai menjalankan aktiviti meminta sedekah tanpa kebenaran di hadapan bank di Gopeng.

Beliau berkata, pihaknya terkesan dengan isu persatuan menggunakan secara salah surat sokongan yang ditandatanganinya bagi tujuan mengutip derma itu.

"Pemeriksaan mendapati salah seorang dari remaja itu memiliki pas lawatan tamat tempoh. Mereka berdua memasuki negara ini menggunakan pas lawatan dan menjadi sukarelawan bagi Pertubuhan Kebajikan Raudhah Malaysia yang beralamat di Taman Ipoh, di sini.

"Mereka didapati secara salah menggunakan surat sokongan yang ditandatangani oleh Ketua Polis Perak dengan memegang tabung yang dilekatkan surat sokongan terbabit bagi tujuan meminta derma di kawasan Gopeng," katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 3 (3) Akta Pungutan Derma Rumah ke Rumah dan Jalan 1947 dan Seksyen 55B Akta Imegresen 1959/1963.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-thailand-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.445787 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list