|
Seorang wanita berusia 41 tahun baru-baru ini mencetuskan kontroversi bukan sahaja kerana bernikah dengan seorang remaja lelaki, malah suaminya itu merupakan anak sahabatnya sendiri.
Memetik laporan Tribunnews, pasangan itu diarah untuk tidak ‘bersama’ selama dua tahun akan datang memandangkan si suami, Kevin baru berusia 16 tahun dan belum mencapai had umur minimum perkahwinan di Indonesia.
Isitimewa
"Kami harus berpisah tempat tidur dulu sehingga dia cukup umur. Saya sangat sedih," kata Mariana
Difahamkan, kes pasangan berkenaan tular sehingga mendapat perhatian Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) dan Perkhidmatan Sosial di Kalimantan Barat sebelum menemui Mariana beberapa hari lalu.
Pernikahan mereka disahkan melanggar undang-undang perkahwinan lantaran Kevin belum mencapai usia yang cukup untuk berkahwin.
Untuk rekod, Mariana berkahwin dengan remaja lelaki itu pada 30 Julai lalu. Menurut sumber, perkahwinan tersebut diatur ibu kandung remaja berkenaan yang dikenali sebagai Lisa.
Lisa - TribunNews
Tetapi baru-baru ini, Lisa mencadangkan anak lelakinya itu menceraikan Mariana kerana tidak mahu anaknya dihukum kerana melanggar undang-undang.
Sumber: OHBulan |
|