CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1676|Reply: 0

Ferdy Sambo terlepas hukuman mati

[Copy link]
Post time 9-8-2023 02:29 PM | Show all posts |Read mode

FERDY Sambo. FOTO AFP


Jakarta: Pegawai kanan polis yang dihukum mati kerana membunuh pengawal peribadinya, bernasib baik apabila Mahkamah Agung Indonesia mengubah hukuman itu kepada penjara seumur hidup, kata seorang pegawai pada Selasa.

Ferdy Sambo, jeneral dua bintang dan bekas ketua hal ehwal dalaman polis negara, dinamakan sebagai suspek selepas pengawal peribadi ditemukan mati di rumah pegawai kanan polis itu, pada Julai tahun lalu.

Perbicaraannya selama berbulan-bulan menjadi tajuk utama berita, awal tahun ini.

Jurucakap Mahkamah Agung, Sobandi - yang seperti kebanyakan rakyat Indonesia menggunakan satu nama - dalam satu kenyataan yang disiarkan di penyiar Metro TV berkata, hakim memutuskan untuk menyemak semula "kelayakan jenayah itu."

Oleh itu, beliau menambah: "Hukuman menjadi penjara seumur hidup".


Sambo dijatuhi hukuman mati pada Februari oleh mahkamah negeri, dan mengemukakan rayuan ke mahkamah tinggi pada April, yang kemudian mengekalkan hukuman itu.

Keputusan mahkamah pada Selasa itu dibuat selepas Sambo membuat rayuan pada Mei ke mahkamah tertinggi negara itu.

Sebelum ini, rayuan Isterinya, Putri Candrawati yang juga dipenjarakan kerana peranannya dalam pembunuhan itu diterima mahkamah dan tempoh hukuman penjara 20 tahunnya terhadapnya dikurangkan kepada separuh.

Sambo didakwa mengarahkan orang bawahan menembak Brigedier Nofriansyah Yosua Hutabarat berusia 27 tahun, dan kemudian melepaskan tembakan ke arah mangsa yang cedera itu.

Apabila kematian Hutabarat diketahui, polis pada mulanya berkata, seorang lagi anggota keselamatan membunuh mangsa, setelah menangkap lelaki itu yang dikatakan menyerang isteri Sambo secara seksual.

Sambo dan isterinya hanya ditahan beberapa minggu kemudian.

Polis tidak mendedahkan pembunuhan itu selama beberapa hari dan berkata, kamera pengawasan tidak berfungsi apabila Hutabarat ditembak.

Hakim dalam perbicaraan awal berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipadamkan oleh orang bawahan Sambo.


Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 10:39am




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044028 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list