CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2779|Reply: 0

Jepun peringati ulang tahun ke-78 serangan bom atom Nagasaki

[Copy link]
Post time 9-8-2023 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai bertafakur bagi memperingati mangsa serangan bom atom Nagasaki. - FOTO Kyodo/Reuters

Tokyo: Jepun pada Rabu memperingati mangsa serangan bom atom di bandar Nagasaki 78 tahun lalu dengan rayuan kepada negara-negara kuasa nuklear, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Datuk Bandar Nagasaki Shiro Suzuki berkata negara kuasa nuklear harus "menunjukkan keberanian" dan menjauhi idea penggunaan nuklear sebagai senjata.

Kenyataan Datuk Bandar itu dibuat ketika upacara peringatan diraikan secara sederhana kerana ancaman taufan.

Disebabkan ribut, tetamu dari dalam dan luar negara termasuk Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, tidak dapat menghadiri majlis itu.

Buat pertama kali sejak 1963, acara peringatan itu tidak diadakan di Taman Keamanan, tetapi di dewan pameran di bandar itu.

Mereka yang hadir pada majlis itu bertafakur pada 11.02 pagi (0202 GMT) untuk menandakan masa pada 9 Ogos 1945, apabila bom atom digugurkan oleh AS dan meletup di Nagasaki.

Di Nagasaki sahaja, kira-kira 70,000 orang terbunuh akibat kesan langsung manakala 75,000 yang lain cedera.

Tiga hari sebelum itu, AS telah menghancurkan Hiroshima dengan bom atom yang lain. Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.


Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 5:13pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074420 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list