Edited by tari at 10-8-2023 03:09 PM
BERLIAN putih. FOTO Lucara Diamond
Gaborone: Berlian putih seberat 1,080 karat Jenis lla dijumpai di Botswana, umum pengeluar berlian Kanada Lucara Diamond dalam satu kenyataan pada Selasa.
Agensi Berita Xinhua melaporkan, berlian itu dijumpai di Coarse XRT di Karowe Diamond Mine, kira-kira 512 kilometer dari Gaborone, ibu negara Botswana.
Berlian itu adalah yang keempat melebihi 1,000 karat yang dijumpai di lombong Karowe sejak 2015.
Lucara Diamond adalah pemilik Lombong Berlian Karowe di Botswana dan operasi di lombong itu bermula sejak 2012.
Disiarkan pada: Ogos 10, 2023 @ 2:54
|