View: 7094|Reply: 4
|
Dedah gaji bakal suami, netizen ketawakan Dewi Perssik
[Copy link]
|
|
Penyanyi terkenal Indonesia, Dewi Perssik meluahkan rasa kesal dan bengang apabila ada beberapa individu mempertikaikan pendedahannya sebelum ini berhubung gaji bakal suami iaitu Rully.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Dewi atau lebih mesra disapa Depe memberitahu gaji Rully mencecah RM60,000 sebulan.
Gara-gara pendedahan itu, seorang individu di TikTok tampil membidas pendedahan Dewi dan memberitahu suaminya seorang juruterbang tidak pernah menerima bayaran sebanyak itu.
"Baru saja lihat video FYP (For Your Page) ada artis yang mengaku gaji juruterbang sebulan 200 juta Rupiah (RM60,000), saya dan suami ketawa bila lihat jumlah angka dinyatakan tu.
"Suami saya sudah terbang sampai ke luar negara sehingga 100 negara pun belum pernah dapat gaji angka macam itu," kata netizen berkenaan.
Selepas dikecam hebat netizen, Dewi tampil menjawab komen tersebut dengan membuat penjelasan menerusi siaran langsung di Instagram.
Mempertahankan gaji bakal suaminya itu, Dewi memberitahu pendapatan setiap juruterbang itu tidak sama kerana berdasarkan pengalaman seseorang.
"Gaji seorang juruterbang berdasarkan pengalaman dan tempoh dia berkhidmat sepanjang kariernya, walaupun kedua-duanya kapten tapi gaji belum tentu sama kerana berdasarkan pengalaman," ujarnya.
"Kalau anda semua tanya gaji Rully, memang itulah jumlah gajinya sebab dia selalu terbang ke luar negara, kalau domestik pun sudah 100 negara," tambahnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Thats why jgn teruja nk compare.. Sbb ade netizen bole tau gaji ko. Sbb dorg setaraf dgn ko. Hahaha... Tp biase la kan. Retis. Kalo xbodoh bkn retis.. Opppsss silap downgrade org plak. Rase berdosa plak. Ahaks. |
|
|
|
|
|
|
|
Mulotkoyak: Thats why jgn teruja nk compar ... so brp sbnrnya gaji pilot. Tgk masing2 geng artis kejar pilot mcm mewah sgt hidupnya |
|
|
|
|
|
|
|
iols fikir mcm normal plak gaji mcm tu sebulan utk pilot udara, bukan pilot darat. |
|
|
|
|
|
|
|
My fren laki dia aasia captain 10yrs ago bgtau gj laki dia bole capai rm25k sebln.
Gaji commercial pilot x mungkin la kot sampai 60k sbln ..melainkan dia non stop flight bln tu..tp x mungkin dpt jadual pdt mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|