CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 0

[Perak] Derita tempurung kepala dibuang akibat kemalangan

[Copy link]
Post time 15-8-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode

SELMYAH (kiri) dan Mohammad Sufian memerhatikan Mohammad Nazmi di kediaman mereka di Kampung Lubuk Pusing, Changkat Kruing, Manjung baru-baru ini.

MANJUNG – Seorang pekerja restoran terlantar di rumah selepas menjalani pembedahan membuang tempurung kepala akibat kemalangan jalan raya pada 27 Ogos tahun lalu.

Pada masa kejadian, Mohammad Nazmi Mohammad Nasir, 27, mengalami kece­deraan parah di kepala, selain patah bahu.

Menurut abangnya, Mohammad Sufian, 30, adiknya terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada pukul 6.30 pagi di Jambatan Su­ngai Sitiawan di Jalan Changkat Jering-Seri Manjung-Kampung Koh di sini.

“Kadaan di situ gelap menyebabkan dia tidak nampak sebuah jentera pengorek tanah berada di jambatan tersebut, lalu melanggarnya.

“Ekoran itu, dia dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Perem­puan Bainun (HRPB) di Ipoh bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada Kosmo! di rumahnya di Kampung Lubuk Pusing, di Changkat Kruing di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Mohammad Nazmi menerima rawatan di HRPB lebih sebulan sebelum dibenarkan pulang.

Mohammad Sufian berkata, adiknya tetap memerlukan perhatian penuh setiap masa ekoran keadaan dirinya yang tidak mampu berbuat apa-apa tanpa bantuan orang lain.

Katanya, ibunya Selmyah Othman, 53, turut menjaga adiknya.

Ujarnya, kos penjagaan adik­nya mencecah RM2,400 sebulan merangkumi susu khas bernilai RM50 setin, lampin, tisu dan ubat pencair darah.

“Kami bersyukur kerana mendapat bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Pertubuhan Keselamatan Sosial,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank Muhammad Sufian, 158293892288 atau menghubunginya di talian 017-453 1597.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -akibat-kemalangan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053002 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list