View: 1342|Reply: 0
|
[Melaka]
11 mangsa bot karam diselamatkan
[Copy link]
|
|
Antara mangsa bot karam warga Indonesia yang diselamatkan kru feri selepas terapung di laut di kawasan perairan Indonesia. Foto Ihsan IPD Melaka Tengah.
Melaka: Seramai 11 mangsa bot karam warga Indonesia termasuk seorang wanita yang hampir lemas dan terapung di laut diselamatkan oleh kakitangan Feri Indomal Kingdom di kawasan sempadan perairan Indonesia tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada kapten kapal feri berkenaan jam 1.37 tengah hari tadi.
Menurutnya, berdasarkan laporan, pengadu menyatakan sedang membawa Feri Indomal Kingdom daripada Dumai, Indonesia menuju ke jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka.
"Dalam perjalanan di kawasan sempadan perairan Indonesia, pengadu mendapati 11 orang dalam keadaan terapung di permukaan laut.
"Pengadu dan kakitangan feri bertindak menyelamatkan semua yang masih hidup menaiki feri itu dan terus menuju ke jeti ICQS Melaka," katanya dihubungi di sini.
Christopher berkata, semua mangsa terbabit terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita berusia 24 hingga 51 tahun kemudiannya ditempatkan di jeti ICQS.
"Mangsa wanita didapati mengalami sesak nafas akibat lemas kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka dan keadaannya kini stabil.
"10 mangsa lain juga stabil, namun akan turut dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -karam-diselamatkan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|