View: 1324|Reply: 0
|
[Selangor]
Ajak berhibur sebelum culik
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN
Serdang: Keseronokan dua wanita warga asing mengikuti seorang lelaki tempatan untuk berhibur bertukar menjadi 'mimpi ngeri' apabila mereka diculik lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu daripada rakan serumah mangsa yang bekerja sebagai peniaga pada 11 Ogos lalu.
"Kejadian itu berlaku selepas dua rakan pengadu keluar dari rumah mereka di Puchong dengan mengikuti seorang lelaki tempatan untuk menghadiri parti kira-kira jam 6 petang pada 11 Ogos lalu.
"Beberapa jam kemudian, pengadu menerima mesej gambar dua rakannya itu yang diikat dan mata ditutup melalui aplikasi WeChat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anbalagan berkata, suspek meminta sebanyak RM20,000 sebagai wang tebusan daripada pengadu sekiranya mahu dua wanita masing-masing berusia 32 dan 35 tahun itu dilepaskan.
"Siasatan awal dilakukan mendapati pengadu mengenali suspek semasa berada di sebuah pusat hiburan di kawasan Lembah Klang.
"Malah, suspek juga pernah mengambil nombor telefon pengadu untuk simpanan," katanya.
Susulan itu, pihak polis menahan dua lelaki tempatan yang juga penganggur masing-masing berusia 31 dan 35 tahun di Klang jam 1.30 petang pada 11 Ogos lalu.
"Siasatan awal dilakukan mendapati modus operandi suspek adalah meminta wanita warga asing menemaninya berhibur dan dijadikan sebagai tebusan dengan mengikat dan menutup mata mangsa sebelum menghubungi rakan mereka.
"Dalam kes ini, suspek melepaskan mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun wang tebusan tidak diperolehi bagi mengelakkan pihak polis menghidu kegiatan itu," katanya.
Katanya, berdasarkan pengakuan awal kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah itu mengaku dalam kes terbabit dan dipercayai melakukan kegiatan seumpama itu beberapa kali.
"Kedua-dua suspek itu juga dikehendaki di daerah lain di Lembah Klang kerana disyaki melakukan kegiayan sama.
"Kedua-dua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365/385 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis menyarankan sekiranya terdapat mangsa mengalami situasi sama supaya tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hibur-sebelum-culik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|