CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1339|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes demam denggi naik 4.7 peratus minggu lalu, rekod dua kematian

[Copy link]
Post time 16-8-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,542 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) dari 30 Julai hingga 5 Ogos lalu, peningkatan 115 kes atau 4.7 peratus berbanding 2,427 kes minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata dua kes kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan bagi tempoh sama.

Katanya, jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 71,193 kes berbanding 32,521 kes bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 38,672 atau 118.9 peratus.

"Sejumlah 49 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan sehingga kini, berbanding 22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.



"Sebanyak 86 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini dengan 69 lokaliti di Selangor, tujuh lokaliti di ibu kota dan Putrajaya, masing-masing tiga lokaliti di Perlis serta Kedah dan dua lokaliti di Negeri Sembilan serta Sabah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, survelan virus chikungunya pula merekodkan dua kes pada minggu lalu, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah sebanyak 147 kes.

Katanya, bagi survelan virus zika pula, sebanyak 1,862 sampel darah dan 129 sampel urin dijalankan dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Muhammad Radzi berkata, cuaca panas berselang-seli dengan hujan merupakan keadaan yangkondusif untuk pembiakan nyamuk Aedes.

Oleh itu, katanya, cara paling efektif untuk mengurangkan populasi nyamuk Aedes di persekitaran adalah secara pemusnahan tempat pembiakan serta aktiviti membubuh bahan pembunuh jentik-jentik di dalam takungan air.

"Pastikan tiada air bertakung di dalam bekas yang tidak digunakan serta keringkan dan simpan bekas itu di tempat yang sesuai.

"Lupuskan barang lusuh yang tidak digunakan di tempat pelupusan yang sudah ditentukan. Lakukan aktiviti semburan aerosol bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa yang berada di dalam premis," katanya.

Katanya, waktu nyamuk aktif ialah pada jam 5 pagi hingga 8 pagi dan jam 5 petang hingga 8 malam.

"Sapukan bahan repelan nyamuk pada anggota badan yang terdedah semasa melakukan aktiviti luar untuk mencegah dari terkenagigitan nyamuk Aedes.

"Dapatkan rawatan awal di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalamigejala denggi seperti demam tinggi secara tiba-tiba,sakit otot atau badan, pening atau sakit pada belakang mata," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -rekod-dua-kematian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.154854 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list