CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1530|Reply: 0

[Perak] Akui khilaf guna nama Songkran, penganjur mohon maaf

[Copy link]
Post time 16-8-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode

SHARIFF Ali Jabad Ali menunjukkan hebahan baru Pesta Songkran yang diganti dengan Pesta Air Sahom di Sahom Valley Resort di Kampar hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA



GOPENG: Penganjur Pesta Songkran, Sahom Valley Resort hari ini tampil memohon maaf atas sebarang isu berbangkit berhubung penganjuran program itu yang dijadual berlangsung di Sahom, Kampar pada 26 dan 27 Ogos depan.

Pengarah Urusannya, Shariff Ali Jabad Ali berkata, pihaknya mengakui kekhilafan menggunakan perkataan Songkran yang sinonim dengan sambutan perayaan oleh masyarakat Siam sehingga akhirnya menimbulkan kekeliruan ramai.

Sehubungan itu katanya, bagi menjernihkan keadaan, pihaknya telah memutuskan menukar nama program itu kepada asal iaitu Pesta Air sahom.

“Sebenarnya, penganjuran Pesta Air Sahom ini bukanlah kali pertama kerana pada Mei lalu, kita telah menganjurkan program sama dengan kehadiran lebih 1,000 orang pengunjung.

“Cumanya pada kali ini, kita tukarkan nama kepada Pesta Songkran, tujuannya untuk menarik orang ramai tetapi kita terlepas batasan. Kami mengakui kesilapan dan mohon maaf,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Shariff Ali, pihaknya mengambil maklum teguran daripada pelbagai pihak namun kesal dengan kritikan dan cemuhan keterlaluan sehingga ada yang berbaur ugutan.

Malah katanya, pihaknya turut menerima tanggapan negatif daripada penduduk setempat yang tidak bersetuju dengan penganjuran program berkenaan.

“Cadangan kami bukan mahu ikut macam Thailand tapi kesilapan kami adalah dari segi nama sahaja bukan kita (ikut) adat resam, budaya dan agama lain.

“Jadi, saya ambil peluang ini untuk maklumkan yang kita menukarkan nama program ini daripada Pesta Songkran kepada Pesta Air Sahom. Pengisian program ini masih sama termasuk aktiviti sukan air di sepanjang Sungai Dipang,” katanya.

Tambahnya, diharap penjelasan yang diberikan dapat menjadi titik noktah kepada isu tersebut dan tiada pihak yang memandang serong terhadap program berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, Pemuda Pas Kawasan Kampar membantah sekeras-kerasya penganjuran Pesta Songkran di Sahom Valley Resort kerana bercanggah dengan prinsip Islam.

Isu berkenaan juga tular di media sosial dengan sebahagian besarnya tidak bersetuju acara songkran diadakan di kawasan itu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... nganjur-mohon-maaf/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.073592 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list