CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2276|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada laporan bekalan ayam kurang

[Copy link]
Post time 17-8-2023 09:37 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak menerima laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang, susulan dakwaan berlakunya kekurangan bekalan itu hingga menyebabkan harga ayam naik.

Dalam kenyataan hari ini, DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

"Oleh yang demikian, DVS memohon agar orang awam untuk tidak panik," menurut kenyataan itu yang mengulas laporan media tempatan bertajuk 'Bekalan kurang punca harga ayam naik - pembekal' yang disiarkan semalam.

Laporan itu menyatakan bekalan ayam yang berkurangan beberapa hari lalu, menjadi punca harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan kembali antara RM9 hingga RM9.28.

Kenyataan DVS itu memaklumkan jika terdapat sebarang kekurangan bekalan ayam berlaku, perkara itu boleh dilaporkan segera kepada DVS melalui Pejabat Veterinar Daerah/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang terdekat atau melalui e-mel [email protected] dan nombor perhubungan 03-8870 2000.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bekalan-ayam-kurang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.441449 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list