Britney Spears (kiri) dilaporkan telah berpisah dengan suaminya Sam Asghari (kanan) selepas berdepan pertengkaran akibat dakwaan penyanyi itu curang. -Gempak
PENYANYI popular, Britney Spears dilaporkan telah berpisah dengan suaminya Sam Asghari selepas didakwa sering bertengkar susulan dakwaan penyanyi itu berlaku curang.
Menurut TMZ, Sam berkonfrontasi dengan Britney sekitar minggu lalu berkenaan dengan salah laku isterinya itu.
Portal tersebut turut melaporkan, Sam kini sudah berpindah keluar daripada rumah dan tinggal di lokasi berlainan.
Difahamkan, Sam telah memfailkan perceraian terhadap isterinya.
Dalam pada itu, Britney dilaporkan telah menandatangani perjanjian pranikah yang melindungi asetnya selepas mendirikan rumah tangga dengan Sam.
Britney dan Sam mula menjalinkan hubungan pada 2016 selepas mereka berdua disatukan dalam klip video Slumber Party.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 Jun 2022. -Gempak
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
tiber iols rasa lega acik Britney dah sign prenup sesiap tahla iols rasa diorang ni macam kahwin kontrak aje bersempena naik court britney vs spears hari tu
LOS ANGELES: Model dan pelakon, Sam Asghari dilaporkan telah memfailkan tuntutan cerai terhadap isterinya yang juga bintang antarabangsa, Britney Spears.
Abc News yang memetik sumber rapat Sam melaporkan, tuntutan tersebut difailkan pada Rabu (waktu tempatan) beberapa jam selepas media melaporkan perpisahan pasangan berkenaan.
Laporan mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan lokasi tuntutan itu difailkan.
Terdahulu, khabar angin bertiup kencang apabila Spears dituduh curang dan membawa kepada pergaduhan besar antara pasangan itu.
Spears dan Sam juga didakwa sudah tidak tinggal sebumbung.
jejaga jantan neh dok ugut kalo tak renegotiate prenup dia nak bocoq byk cerita dlm selimut yg pelek2 katanya mmg dh takdir ilahi minah bodoh neh kena tanggung jantan kabaret plus kena klepet dek family sendiri
tataw la sis dok baca acik2 omputeh dok gossip dlm ig tp mamat neh stay dgn britney dh 7 tahun depa kata sure dia tau kentot dia busuk ka camna kan??mana nak pi tau dia suka berak tak tutup pintu harong bau satu umahtuh kan antara perangai jelek maknusia tp tataw la apa pagai pelek pompuan neh kita tunggu gosip seterusnya
meols rasa britney ni seorang yang naif, senaif zaman baby one more time agitteww. Sebab tu selalu kena ambik kesempatan. Semoga acik britney buat konsert kat KL suatu hari nanti tiberrr