CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 755|Reply: 0

[Perak] Dulu kena 'scam' RM30,000, kali ini rugi RM98,000 pula

[Copy link]
Post time 19-8-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Teluk Intan: Suri rumah berputih mata apabila menjadi mangsa 'phone-scam' buat kali kedua awal bulan ini selepas kejadian sama menimpanya pada 2020 lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa berusia 64 tahun kerugian RM98,000 akibat ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa menerima panggilan telefon daripada lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Asisten Superintendan (ASP) Firdaus kira-kira 12 tengah hari pada 1 Ogos lalu.

"Mangsa didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.5 juta sebelum talian disambungkan kepada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Mokhtar kononnya dari IPD Ipoh untuk soal siasat, bagaimanapun mangsa menafikan dakwaan itu.

"Keesokkan harinya, akibat terlalu panik, mangsa memindahkan keseluruhan wang simpanan dalam Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ke dua akaun bank tempatan sebanyak RM98,000 seperti diarahkan.

"Suspek menyatakan akan mengembalikan wang itu setelah siasatan selesai.

"ASP Firdaus sekali lagi menghubungi mangsa kira-kira 4 petang pada 13 Ogos lalu untuk memintanya membuat bayaran sebanyak RM15,000 bagi tujuan proses pengembalian wang RM98,000 berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang sudah kehabisan wang simpanan gagal berbuat demikian dan membuat laporan polis pada malam kelmarin selepas menyedari dirinya ditipu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Siasatan juga mendapati kejadian ini adalah kali kedua berlaku kepada mangsa di mana kejadian pertama pada September 2020 dengan jumlah kerugian RM30,000 melalui modus operandi sama," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-rugi-rm98000-pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.147611 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list