CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 784|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Nahas Elmina: 'Tindakan pecut, potong kereta pemandu Grab selamatkan nyawa kami'

[Copy link]
Post time 19-8-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Masikah bersama Maliq Farhan yang dibawanya beberapa detik sebelum pesawat terhempas di Elmina. - Foto Masikah Zakaria

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas guru tadika memintas sebuah kenderaan di depannya, menyelamatkan dia dan muridnya daripada menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Masikah Ta'ibah Zakaria, 25, berkata dia bersama dua muridnya melalui Elmina selang beberapa saat sebelum pesawat berkenaan terhempas dan meletup.

"Seperti biasa, dari tadika di Denai Alam saya melalui kawasan itu ke Subang Bestari untuk menghantar dua beradik itu ke rumah.

"Sebenarnya, sebelum pesawat terhempas, saya sudah nampak sebelum jambatan Elmina yang pesawat nak 'landing', jadi saya tak fikir apapun hingga saya cemas apabila terdengar bunyi enjin pesawat sangat kuat dan berdekatan dengan kereta.


"Waktu itu saya hanya fikir nak selamatkan diri dan ada dua nyawa lagi di tempat duduk belakang. Jadi saya tekan pedal minyak dan beberapa saat selepas itu saya lihat melalui cermin sisi ada letupan di belakang kami," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Video kereta wanita itu memecut laju memintas kereta dipercayai milik pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari beberapa saat sebelum letupan berlaku di belakang mereka tular di TikTok dan Instagram, semalam yang turut disahkan ibu kanak-kanak itu.

Bercerita lanjut, Masikah berkata, dia demam kerana masih terkejut dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya dan murid, malah tidak menyangka rupanya dia memintas kereta pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin.

"Saya masih tak sangka boleh terselamat daripada nahas itu dan rasa sangat bersyukur Allah lindungi saya dan anak yang saya bawa selamat.

"Saya percaya Allah gerakkan hati saya untuk memecut laju hari itu dan saya anggap ini juga satu peringatan buat saya supaya berhati-hati dan lebih berwaspada lagi," katanya.

Sementara itu, ibu kepada dua beradik itu yang mahu dikenali sebagai Lily berkata, dia melakukan sujud syukur sebaik saja menerima khabar dua anaknya Maliq Adam Malik Faisal dan Maliq Farhan masing-masing berumur enam dan empat tahun terselamat daripada nahas itu, petang kelmarin.

"Saya baru saja selesai solat ketika dihubungi pihak tadika yang bertanyakan keadaan dua anak sebelum mereka memaklumkan kereta dipandu guru anak saya terselamat daripada nahas itu.

"Hari itu, saya hampir kehilangan anak tetapi syukur Allah lindung dua anak istimewa saya dan ini mengingatkan saya jika seseorang itu terlepas daripada bencana, pasti ada kebaikan dia buat atau doa seorang ibu, saya tak tahu apa kebaikan guru itu lakukan, tetapi saya percaya ini semua kuasa Allah dan ada hikmahnya," katanya.

Dua beradik itu sukar melahirkan perasaan mereka selepas kejadian itu berikutan Maliq Adam menghidap austime manakala Maliq Farhan masalah pertuturan lambat.

"Saya tidak tahu mereka trauma atau tidak, tapi apa yang pasti mereka melihat nahas itu berlaku di belakang mereka kerana keduanya-duanya cuba bercakap dengan saya mengenai api dan 'boom'.

"Hubungan saya dengan guru itu juga tidak terhenti, malah saya terhutang nyawa dengan guru anak saya itu dan berterima kasih dengannya dan sampai bila-bila pun saya akan simpan kenangan ini, suatu hari apabila mereka besar jika umur saya masih panjang, saya akan ceritakan mereka pernah terlepas daripada nahas itu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ndu-grab-selamatkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.075159 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list