|
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. FOTO BERNAMA
Klang: Kaedah padanan cap jari, ujian ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan rekod gigi digunakan dalam mengenal pasti identiti mangsa nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan semalam dilaporkan berkata, semua cebisan anggota tubuh badan itu berpadanan dengan cap jari, ujian DNA dan rekod gigi.
Menurutnya, polis juga mengesahkan tiada mangsa baharu dan jumlah itu kekal 10 selepas selesai menjalankan proses bedah siasat menggunakan kaedah terbabit.
"Hasil bedah siasat itu, nama individu yang dikenal pasti adalah Datuk Sri Johari Harun, Muhammad Taufik Mohd Zaki, Khairil Azwan Jamaludin, Sharipudin Shaari, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, Shaharul Amir Omar, Idris Abdul Talib @ Ramali, Shahrul Kamal Roslan, Heikal Aras Abdul Azim dan Muhammad Hafiz Muhammad Salleh," katanya pada sidang media di perkarangan HTAR, di sini,
"Walaupun kaedah DNA mengambil sedikit masa namun saya dapati semua proses itu dipermudahkan dan inilah paling cepat dapat dilakukan di maha kita menyelesaikan sehari awal berbanding sepatutnya Isnin ini," katanya pada sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Hussein Omar berkata, kesemua 10 mangsa sudah dikenal pasti, salah seorang mayat mangsa diserahkan kepada waris semalam, manakala sembilan lagi akan diserahkan kepada keluarga masing-masing hari ini.
"Kita juga susah merakam keterangan beberapa pemilik video kamera papan pemuka kenderaan bagi membantu siasatan berkaitan nahas pesawat itu.
"Kita juga meminta saksi lain yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-pesawat-terhempas |
|