View: 636|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Muhammad Anaqi Fayyadh jalani pembedahan kedua
[Copy link]
|
|
MUHAMMAD Anaqi Fayyadh selamat menjalani pembedahan kedua dan tiada sebarang komplikasi. FOTO ihsan keluarga
Kuala Lumpur: Kekuatan pesakit ketumbuhan otak, Muhammad Anaqi Fayyadh Abu Zar yang berusia dua tahun teruji sekali lagi apabila dia menjalani pembedahan kedua, kelmarin.
Ibunya, Nur Fitri Basril, 29, berkata, Muhammad Anaqi Fayyadh menjalani pembedahan bagi membuang lebihan ketumbuhan terdahulu yang tidak dapat dilakukan sepenuhnya kerana kanak-kanak itu mengalami banyak pendarahan.
Menurutnya, mereka kini masih perlu menunggu dua minggu lagi untuk pemeriksaan lanjut dan ujian Imbasan Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) untuk perkembangan terkini anaknya termasuk saiz ketumbuhan berkenaan.
"Alhamdulilah pembedahan kedua adik (nama panggilan Muhammad Anaqi Fayyadh) kuat semangat dan berjalan lancar serta tiada komplikasi berlaku. Tak sanggup lihat adik terpaksa dibedah lagi tetapi kami mahu terbaik untuknya.
"Melihat keadaan adik yang kuat semangat terutama selepas pembedahan buat saya juga menjadi lebih bersemangat berjuang bersamanya biarpun lebih dua minggu lagi dijangka akan bersalin," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, doktor juga sudah memasang Peripherally Inserted Central Catheter (PICC) iaitu alat berfungsi sebagai 'port' kemoterapi bagi pesakit kanser di lengannya dua minggu lalu dan berharap anaknya akan kuat melawan penyakitnya itu.
"Adik juga sudah boleh memusingkan badan ke kiri kerana sebelum pembedahan pertama adik mengalami strok (angin ahmar ringan) di sebelah kiri badan," katanya.
Terdahulu, Muhammad Anaqi Fayyadh menjalani pembedahan di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, untuk membuang ketumbuhan sebesar 10 sentimeter (cm) pada 10 Julai lalu.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Muhammad Anaqi Fayyadh didiagnosis penyakit itu pada 21 Jun lalu selepas mengalami perubahan mendadak ketika hampir terjatuh tangga di rumah ibu saudaranya tiga bulan sebelum itu.
Penderitaan Muhammad Anaqi Fayyadh mendapat perhatian di TikTok apabila bapa saudaranya yang juga adik ipar Nur Fitri berkongsi video kanak-kanak lelaki itu yang memerlukan bantuan kos perubatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ni-pembedahan-kedua |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|