CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Motosikal 'tayar sotong' kena sita

[Copy link]
Post time 21-8-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA motosikal diubah suai yang dirampas dalam Operasi Lejang sekitar Butterworth, Pulau Pinang, awal pagi semalam.

Kuala Lumpur: Sanggup sewa lori dari Alor Setar, Kedah ke Plaza Tol Bagan Ajam, Pulau Pinang, semata-mata mahu membawa motosikal diubah suai untuk 'merempit'.

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya menerusi Pasukan Falcon kerjasama Bahagian Penguatkuasa JPJ Pulau Pinang menjalankan risikan khas Operasi Lejang, awal pagi semalam.

Katanya, operasi itu dijalankan di sekitar Butterworth, Pulau Pinang arah laluan plaza tol menghala ke Bagan Ajam, jam 4.30 pagi semalam.

"Dalam operasi itu, kami menahan dan menyita tiga motosikal Yamaha 125 ZR yang diubah suai secara ekstrem termasuk menukar tayar kecil atau 'tayar sotong' bagi digunakan untuk aktiviti rempit dengan pelbagai aksi berbahaya dan berisiko tinggi kepada kemalangan maut.

"Hasil siasatan dilakukan mendapati aktiviti secara berkumpulan ini turut membabitkan jumlah penonton remaja yang agak ramai menyaksikan aksi menunggang atas injak-injak dengan pelbagai gaya mengerikan dan berbahaya," katanya.

Menurutnya, bagi mengelak dikesan penguat kuasa, kumpulan itu juga sanggup membelanjakan wang untuk membiayai kos pengangkutan iaitu lori untuk mengangkut motosikal berkenaan dari Alor Setar, Kedah ke Plaza Tol Bagan Ajam.

"Motosikal itu digunakan untuk menyertai aktiviti rempit berbahaya pada malam minggu dengan mempamerkan aksi-aksi liar supaya kumpulan terbabit lebih dikenali dan popular dalam kalangan penunggang motosikal selain menaikkan imej bengkel yang membuat modifikasi motosikal mereka.

"JPJ juga mendapati kumpulan ini bergerak aktif dengan kehadiran peminat mereka dari pelbagai kumpulan kapcai dari negeri-negeri berhampiran Pulau Pinang bagi mendengar dentuman enjin dan tren modifikasi terkini jentera motosikal yang sudah diubah suai.

"Ahli kumpulan berkenaan yang diperiksa dalam operasi itu didapati berusia seawal 14 tahun hingga 30 tahun," katanya.

Justeru itu, katanya, JPJ akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta 333 dan peraturan di bawahnya, atas kesalahan itu termasuk pengubahsuaian ekstrem.

"Ia termasuk kesalahan seperti pergerakan melawan arus, pengubahsuaian ekzos, ukuran saiz tayar, swing arm, tiada nombor pendaftaran, tiada nombor casis atau enjin, tiada brek, lampu hadapan dan belakang serta kesalahan teknikal menyebabkan ketiadaan fungsi keselamatan motosikal itu atau piawai keselamatan dinyahfungsikan.

"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh salurkan di [email protected] atau platform aplikasi e-Aduan@jpj beserta butiran lengkap pengadu dan butiran lengkap aduan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-sotong-kena-sita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.090816 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list