CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1570|Reply: 0

[Selangor] KPM siasat kes pelajar OKU dibuli guru

[Copy link]
Post time 22-8-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode

FADHLINA kanan) melawat 'Gallery Walk Pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025' pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2022 PPPM 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, hari ini. FOTO Bernama

Shah Alam: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan aduan seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) yang dibuli oleh gurunya di sekolah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata semua pihak termasuk sekolah yang terbabit sudah dikenal pasti dan pelbagai pihak dilibatkan untuk memastikan isu itu dilihat secara menyeluruh.

"Insya-Allah kami akan tangani mengikut proses kerja… setakat ini kes dalam siasatan dan kami akan pastikan proses itu berlangsung dengan baik," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 KPM, di sini hari ini.

Semalam media tempatan melaporkan, seorang pelajar perempuan OKU di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah didakwa sering dibuli seorang guru wanita sehingga mengalami trauma.

Pada masa yang sama, Fadhlina meminta orang ramai untuk menggunakan semua saluran yang disediakan seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) dan platform media sosial kementerian untuk membuat aduan berkenaan kes buli atau aduan umum lain.

"Kami nak jemput masyarakat untuk menggunakan saluran yang betul supaya kami dapat tangani semua isu dengan lebih efisien dan efektif berdasarkan proses dan alur kerja kita," katanya.

Dalam pada itu, mengenai rungutan ibu bapa bahawa silibus ketika ini dilihat susah dikuasai murid, Fadhlina berkata KPM melihat isu itu dengan serius.

"Untuk itu, sesi libat urus berkenaan kurikulum sekolah akan diadakan melibatkan semua pihak sebagai persediaan bagi penukaran silibus baharu yang biasanya dibuat setiap 10 tahun sekali dan silibus baharu seterusnya akan dilaksanakan pada 2027," katanya.

Namun katanya, ibu bapa harus diberi pemahaman bahawa soalan-soalan di sekolah hanya membabitkan lima peratus soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.

"Kita kena adil kerana ada anak-anak yang mempunyai kemahiran sedikit tinggi berbanding rakan-rakan lain, jadi lima peratus soalan itu untuk anak-anak yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi ini manakala soalan yang lain itu boleh mereka kuasai mengikut peringkat umur mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jar-oku-dibuli-guru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062059 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list