CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 2

[Negeri Sembilan] 27 warga asing 'berhibur' dengan polis, TPR didakwa

[Copy link]
Post time 26-8-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode

Gambar Hiasan.

Seremban: Seramai 23 wanita dan empat lelaki warga asing yang ditahan di pusat hiburan bersama 14 pegawai dan anggota polis serta timbalan pendakwa raya (TPR) Sabtu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan, hari ini.

Mereka didakwa atas tuduhan menggunakan dadah berbahaya jenis methaphetamine di pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh, di sini pada 9.45 pagi, 19 Ogos 2023.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh yang terdiri daripada warga China, Thailand dan Vietnam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali serta Nurul Saqinah Rosli.

Kesalahan didakwa mengikut 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika disabitkan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Pusppa dan Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala semua tertuduh diwakili peguam Lim Kim Fook.

Mahkamah membenarkan 13 tertuduh diberi jaminan RM4,000 dan RM8,000 kepada 14 lagi tertuduh, dengan dua penjamin warga Malaysia, manakala mengarahkan semua pasport mereka disimpan pihak mahkamah.

Kes itu disebut semula pada 25 Oktober ini.

Media sebelum ini melaporkan semua tertuduh ditangkap dalam serbuan Bukit Aman terhadap pusat hiburan di sini, yang turut menahan 14 pegawai kanan dan anggota polis serta dua timbalan pendakwa raya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-polis-tpr-didakwa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2023 01:17 PM | Show all posts
Thanks for this information
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 01:18 PM | Show all posts
Thanks for this information
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.782619 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list