View: 2381|Reply: 0
|
[Selangor]
Tular salah laku sarjan disiasat secara adil – KP Selango
[Copy link]
|
|
Hussein
SHAH ALAM – Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung dakwaan salah laku seorang anggota polis berpangkat sarjan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor.
Ini selepas perkara tersebut ditularkan seorang lelaki menerusi video berdurasi empat minit 12 saat dengan aduan berkaitan salah laku anggota itu telah dibawa kepada pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan berkaitannya telah diterima dengan siasatan dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Katanya, pihaknya akan melakukan siasatan dengan telus dan adil berhubung insiden itu.
“Yang itu (dakwaan tular) tidak dapat komen lagi. Saya cuba mendapatkan maklumat lebih lanjut dan keseluruhan sebab beberapa insiden melibatkan beberapa pihak.
“Kita kena lihat keadilan kepada dua-dua pihak dan bukan sebelah pihak sahaja. Siasatan juga sudah dibuka dan akan dibuat dengan telus dan adil,” katanya.
Terdahulu beliau hadir Karnival dan Kayuhan Merdeka Polis Selangor (Merdeka Ride) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di pekarangan Stadium Shah Alam di sini, hari ini.
Hussein turut menegaskan kenyataan media berkaitannya akan dikeluarkan selepas mendapat laporan penuh berkaitanya.
“Saya akan keluarkan kenyataan nanti sebab risau tidak lengkap (lagi sekarang).
“(Jadi), saya tidak mahu berat sebelah sama ada yang dituduh atau buat aduan,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... a-adil-kp-selangor/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|