CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3744|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Peranan penting modal insan

[Copy link]
Post time 27-8-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

PERSEDIAAN lebih awal perlu dilakukan di peringkat universiti supaya lepasan graduan dapat memenuhi kehendak semasa.

Kuala Lumpur: Pembangunan modal insan memainkan peranan penting untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) di Malaysia.

Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah berkata, oleh itu pelaksanaan pembangunan modal insan perlu bergerak selari dengan ekonomi negara yang berubah ke arah digital.

Katanya, perkara paling penting dalam memperkasa rakyat dengan melaksanakan perancangan untuk jangka panjang.

"Perancangan teliti perlu dilaksanakan untuk memastikan bagaimana negara boleh mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan berkualiti pada masa hadapan.

"Satu persoalan yang kita hadapi adalah negara sedang bergerak menjadi negara tua dan ia perlu ditangani dengan perancangan yang rapi.

"Oleh itu, kita perlu proaktif dengan membuat perancangan teliti untuk memastikan kita mempunyai tenaga kerja yang mencukupi pada masa hadapan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, kerangka ekonomi yang menggariskan dua fokus utama iaitu menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

Beliau yang juga pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berkata, pada masa sama, universiti perlu memastikan kursus yang disediakan mampu untuk memenuhi peluang pekerjaan pada masa akan datang.

"Kursus yang ditawarkan di universiti perlu relevan untuk menampung keperluan pekerjaan yang semakin berkembang ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan digitalisasi.

"Oleh itu, persediaan lebih awal perlu dilakukan di peringkat universiti supaya lepasan graduan dapat memenuhi kehendak semasa, sekali gus dapat mengelakkan masalah pengangguran dalam kalangan graduan," katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat, satu inisiatif perlu diambil untuk membantu mereka yang bekerja secara freelance untuk mengembangkan karier ke peringkat lebih tinggi.

"Kini ramai yang cenderung untuk bekerja secara sendiri. Jadi, saya fikir perlu ada sesuatu (inisiatif) yang dapat bantu bangunkan karier mereka masa akan datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... penting-modal-insan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036765 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list