CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3328|Reply: 0

[Selangor] Penduduk Flora Damansara 'menderita' terpaksa guna satu lif

[Copy link]
Post time 27-8-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode

LIF yang boleh digunakan penduduk Flat Flora Damansara. FOTO Rohanis Shukri

Petaling Jaya: Penduduk di Flora Damansara Blok D, E, F dan H berdepan kesukaran akibat masalah lif apabila hanya satu daripada lima lif di setiap blok berkenaan berfungsi.

Ia berikutan dua lif yang berfungsi di setiap blok berkenaan ditutup oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor atas faktor keselamatan, Jumaat lalu.

Seorang penduduk, Shahrul Bashar, 47, berkata, lif-lif berkenaan ditutup sebelum solat Jumaat, kelmarin, menyebabkan barisan panjang penduduk menunggu lif di hadapan lobi di empat blok berkenaan sehingga lewat malam.

"Saya difahamkan ada penduduk di sini yang membuat laporan kepada pihak JKKP memaklumkan lif di empat blok berkenaan tidak selamat menyebabkan ia ditutup.

"Di setiap blok terbabit, kebiasaannya hanya tiga daripada lima lif termasuk lif bomba yang berfungsi, manakala dua lagi rosak. Apabila dua lif ditutup setiap blok, penduduk hanya boleh menggunakan satu lif sahaja," katanya.

Menurutnya, difahamkan keadaan lif tidak selamat di blok-blok terbabit disebabkan pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flora Damansara Medium tiada kos penyelenggaraan berikutan ramai penghuni tidak membayar yuran penyelenggaraan.

Seorang lagi penghuni pangsapuri berkenaan, Rahman Abdullah, 30, berkata, masalah itu menyukarkan pergerakan penduduk terutama apabila mereka mempunyai barang yang banyak untuk dibawa.

"Bila masalah ini berlaku, saya pilih untuk naik tangga untuk ke rumah saya di tingkat lapan. Namun, kalau bawa barang, saya kena tunggu lif.

"Mujur sekarang sedang musim cuti sekolah. Jika tidak, masalah akan bertambah buruk apabila terpaksa menunggu lebih lama untuk ke tempat kerja, esok," katanya yang juga pekerja kilang.

Bagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 50, kebanyakan masa dia menggunakan tangga kerana tidak mahu menunggu terlalu lama.

"Saya sudah tinggal di tingkat 12 blok ini (blok F) sudah 10 tahun dan memang selalu ada masalah lif. Apabila ini terjadi (hanya satu lif berfungsi, ia akan membuang masa kami kerana perlu menunggu lebih lama.

"Saya harap masalah lif ini akan diselesaikan segera bagi mengelak penduduk 'menderita' kerana masalah ini," katanya yang juga seorang mekanik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... paksa-guna-satu-lif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049482 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list