View: 2110|Reply: 1
|
Patani - Siam - Inggeris
[Copy link]
|
|
Edited by dexa at 28-8-2023 10:06 AM
Kerajaan Patani jatuh ke tangan Kerajaan Siam pada 1785 setelah bermati-matian berperang mempertahankan tanah air. Sama seperti kejatuhan Melaka, punca kejatuhan Patani juga kerana khianat.
Peristiwa ini terjadi selepas satu perutusan telah dihantar oleh Raja Muda Siam ke Patani agar tunduk tanpa perang pada Siam dengan alasan Patani tidak menghulurkan bantuan kepada Siam pada tahun 1776 dalam peperangan menentang Burma. Sultan Muhammad telah bermesyuarat dengan para pembesar mengenai perutusan itu. Keputusan telah diambil yang mana Patani bersedia untuk berperang jika Siam meneruskan niat menakluk dan menghapuskan kedaulatan Islam di Patani.
Rakyat Patani telah dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan pertama berkawal di kubu-kubu di tepi pantai untuk menahan serangan Siam dari arah laut. Pasukan kedua pula berkawal sekitar Istana Kota Chabang Tiga. Dua meriam kebanggaan Patani iaitu Seri Patani dan Seri Nagara telah dikeluarkan.
Patani telah dikhianati oleh pembesar yang bernama Nai Chan Tung yang berasal dari Ligor. Beliau bersama-sama rakan-rakannya pada awalnya telah tiba di Patani dan banyak melakukan jasa dan bakti hingga mendapat kepercayaan Sultan Muhammad sehingga dilantik menjadi pembesar negeri. Di ambang serangan Siam, Nai Chan Tung ini telah merencana pakatan jahat untuk menumbangkan Patani.
Nai Chan Tung telah mengadap Sultan Muhammad dalam keadaan tergopoh-gapah untuk memberitahu kepada Sultan bahawa Siam telah tiba di Kuala Patani. Beliau telah menzahirkan kebimbangan akan serangan Siam dan berjanji beliau dan rakan-rakannya sanggup berperang mempertahankan Patani. Beliau telah memohon supaya dilantik sebagai Ketua pasukan tentera Patani yang berkubu di kawasan pantai. Sultan Muhammad telah memperkenankan permintaan itu tanpa syak wasangka dan juga telah mengurniakan sebuah perahu besar lima hasta beserta kelengkapan senjata dan meriam.
Menjelang malam, Nai Chan Tung berlayar ke tempat kapal Siam berlabuh dan bertemu dengan ketua angkatan tentera Siam, Phraya Kalahum dan mendedahkan rahsia pertahanan Patani. Setelah itu dia telah melarikan diri ke Singgora.
Setelah tiba waktu yang dinantikan, Phraya Kalahum telah melancarkan serangan dengan membedil secara serentak ke arah kubu-kubu pertahanan di pantai Patani. Kerana maklumat pertahanan Patani telah diketahui oleh angkatan Siam, pasukan pertahanan Patani mulai menjadi lemah kerana banyak kubu mereka terkena bedilan Siam. Akhirnya Siam telah mendarat di pantai Patani dan mula mara ke arah istana.
Rakyat Patani menentang dengan hebat akan pendaratan askar Siam itu. Sultan Muhammad sendiri telah turun ke medan perang dan mencatur pergerakkan angkatan tenteranya. Meriam Sri Patani dan Sri Nagara berjaya meredakan kemaraan pasukan Siam. Peperangan ini berlangsung selama beberapa hari hingga Siam berjaya mara menghampiri pasukan pertahanan kota.
Pertarungan sengit ini juga membuatkan Sultan Muhammad sendiri mengangkat senjata dan bertempur dengan musuh. Pasukan Siam telah menggunakan meriam ketika pertempuran darat ini dan ditakdirkan Sultan Muhammad telah terkena tembakan meriam dan syahid di hadapan rakyatnya sendiri. Ekoran dari itu, angkatan Patani telah bertambah lemah dan berpecah hingga akhirnya Kota Cabang Tiga berjaya ditawan Siam.
Tentera Siam bermaharaja lela selama sebulan di Patani dengan menangkap dan membunuh siapa sahaja lelaki, perempuan, kanak-kanak hatta orang tua. Semua harta benda rakyat Patani telah dirampas dan Kota Cabang Tiga telah dibakar hingga menjadi arang. Seramai 4,000 orang Melayu Patani telah dijadikan tawanan dan di bawa ke Bangkok sebagai hamba tebusan.
Selepas kejatuhan ini, kerajaan Patani yang dibentuk selepas itu semakin lemah. Negeri dipecahkan dan akhirnya terpisah dari Tanah Melayu pada 1909. Ketika Malaya merdeka, mereka masih tertakluk sehingga kini.
Sumber - Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan
Foto - Lukisan oleh Hem Wechakul yang menunjukan saat tentara kerajaan Siam dibawah komandan Panglima Phraya Kalahum menyeretkan meriam Sri Patani sebagai rampasan perang.
----a good read!! ---
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dexa at 28-8-2023 10:12 AM
Antara Siam dan Inggeris
Akhir tahun 1785, Siam telah menakluki Patani. Sebulan lebih tentera Siam bermaharaja lela membunuh penduduk Patani, tanpa mengira tua atau muda, lelaki atau perempuan. 4,000 rakyat Patani dibawa ke Bangkok sebagai hamba dan dipaksa membina Terusan Sejuta Derita. Dikhabarkan, lebih 90,000 rakyat Patani lari ke hujung negeri atau menyeberang ke negeri-negeri yang bersempadan. Lebih 15,000 memasuki Kedah.
Gabenor Siam memberi amaran kepada Sultan Kedah agar tidak menerima pendatang dari Patani, jika tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Patani. Sultan Kedah merasa bimbang akan ancaman Siam.
Pada masa yang sama, Inggeris sedang mencari tapak di rantau ini untuk menyaingi Peranchis, selepas kedua-duanya berperang di Eropah.
Francis Light memahami kebimbangan Sultan Kedah, lalu menawarkan untuk mendapatkan Pulau Pinang. Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 pun ditandatangani.
Antara Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 adalah seperti berikut:
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) bersedia membantu Kedah jika Kedah diserang musuh; tidak boleh melindungi musuh Kedah; dan akan membayar 6,000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pajakan. Kedah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang .
Bagaimanapun, apabila bantuan diperlukan, SHTI enggan memberikan bantuan ketenteraan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian 1786 antara Sultan Abdullah dengan Francis Light. Kononnya bab ketenteraan adalah di luar bidang kuasa Francis Light dan perjanjian yang berkaitan dengan ketenteraan tidak terguna pakai, selain untuk menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
Oleh itu, Sultan Abdullah mendesak Francis Light untuk meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menepati janji. Francis Light enggan berbuat demikian dan menawarkan bayaran ganti rugi kepada Kedah tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.
Sultan Abdullah berasa tertipu dan murka dengan tindakan Francis Light. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. Baginda mendapatkan bantuan daripada Riau, Siak, dan Selangor. Francis Light meminta bantuan tentera daripada pihak British untuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai.
Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791 pada 1 Mei 1791.
Antara syarat perjanjian ialah, Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai dan SHTI akan membayar 10,000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|