CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1904|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis siasat Imam Mustaqim

[Copy link]
Post time 30-8-2023 11:12 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pemilik laman sosial Facebook, Imam Mustaqim yang disyaki menghina Sultan Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

"Individu itu membuat hantaran yang berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Facebook semalam.

"Siasatan kes itu sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Shuhaily berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat salah sehingga mengganggu proses siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan satu pemilik akaun Facebook menggunakan nama Imam Mustaqim yang membuat hantaran berbaur fitnah apabila menuduh Sultan Selangor tidak menjaga agama Islam.

Ia mendapat pelbagai reaksi dan kecaman oleh pengguna media sosial yang menyifatkan tindakannya itu sebagai biadab.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iasat-imam-mustaqim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.107824 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list