View: 4185|Reply: 19
|
[Tempatan]
'Dicucuk-cucuknya macam anak kucing,' ibu bawa lari anak ke swasta dakwa tak tahan layanan hospital kerajaan
[Copy link]
|
|
Seorang ibu mendakwa anaknya diberi layanan kasar oleh kakitangan di sebuah hospital kerajaan baru-baru ini. — Gambar Hiasan
'Dicucuk-cucuknya macam anak kucing,' ibu bawa lari anak ke swasta dakwa tak tahan layanan hospital kerajaan
Oleh NUR IFTITAH ROZLAN
Rabu, 30 Ogos 2023
AKIBAT tidak sanggup melihat anaknya dilayan dengan kasar, seorang ibu bertindak mengeluarkan anaknya dari sebuah hospital kerajaan dan memindahkannya ke hospital swasta baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook, Norasyimah Yacob pada Rabu.
Katanya, kesihatan anak perempuannya bertambah baik selepas dia dimasukkan ke hospital swasta.
"Sayalah ibu yang bawa anak saya lari dari hospital hari ini. Dicucuk-cucuknya anak aku macam anak kucing.
"Anak aku dah tak bagi reaksi apa-apa. Alhamdulillah semua dah okay lepas bawa Hospital Pantai, doktor mandikan anak aku (dan) sumbat ubat (di) bontot," katanya.
Tangkap layar hantaran Norasyimah di Facebook mengenai keadaan anaknya pada Rabu.
Ujarnya, dia bagaimanapun tidak berniat untuk mempertikaikan cara kakitangan hospital kerajaan tersebut melayan anaknya.
Namun katanya, dia agak terkilan apabila mendapati pihak hospital tidak merawat kanak-kanak itu dengan sebaiknya.
"Aku tidak mahu mempertikaikan hospital kerajaan. Aku mohon maaf secara terbuka sebab melemparkan kata-kata kesat kepada kakitangan hospital.
"Dalam keadaan anak yang aku kandung dan jaga dari kecil. Orang tak ambil serius bila dia dah tak bermaya macam tak bernyawa dah. Aku tak boleh, jangan anak aku," ujarnya tanpa mendedahkan nama hospital berkenaan.
Wanita itu juga tidak menyatakan sakit yang dialami anaknya itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
bosannya caption hulu camtu. ntah apa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Vague nya caption cucuk-cucuk tu. Cucuk2 ambik darah ke? Cucuk2 geli2 ke? Cucuk2 masuk air?
Aku x nafikan la warded kat spital gomen kejap2 ada staff yg datang check atau ambik darah. Masa aku ada internal bleeding & kena tambah darah, setiap 2 jam ambik sample. Yg xleh belah doktor pelatih x pandai cari spot. Ada 1 kali sampai 5 kali dia cucuk x dapat ambik (masa ni badan aku bloated teruk sebab allergic). Aku siap merayu jangan cucuk dah.. nasib baik la nurse datang. Nurse tu cucuk sekali je dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang ibu pasti ndak tega lihat anaknya dalam kesakitan |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya cam my daughter lah.
Last balik Malaysia suspek demam denggi, 7 hari setiap pagi kena check darah, guna jarum yang besar tu..
Kasar gila orang tu tapi me tahan diri dari maki sebab kat felda plus my dad sebelah aje.
Hasil dia sampai sekarang anak trauma kalau nampak jarum. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa benar atau sekedar caper (cari perhatian) ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin deme main ceper kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada duit atau insuran terus je p swasta. Sangat digalakkan sebab boleh kurangkan beban hospital kerajaan untuk pesakit yg x berkemampuan. Klau yg betul2 byk duit demam biasa pun blh admit mintak bilik paling mahal dah serupa hotel 5 bintang lagi selesa dari dok hotel sbb boleh panggil nurse bila2 masa |
|
|
|
|
|
|
|
aku terfikir cucuk-cucuk maksudnya palpitation procedure oleh doc..
Palpation is a method of feeling with the fingers or hands during a physical examination. The health care provider touches and feels your body to examine the size, consistency, texture, location, and tenderness of an organ or body part. Palpation is the method of feeling with the hands during a physical examination.
Palpasi adalah kaedah merasakan dengan jari atau tangan semasa pemeriksaan fizikal. Doktor akan menyentuh dan merasakan badan anda untuk memeriksa saiz, konsistensi, tekstur, lokasi dan kelembutan organ atau bahagian badan. Palpasi adalah kaedah merasakan dengan tangan semasa pemeriksaan fizikal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baik dr awal bawa ke hospital swasta je dik. Sb mmg hati kental je yg sanggup tunggu giliran di hospital kerajaan ni. Dalam masa yg sama bole kurangkan kesesakan hospital gov |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau akak perdana menteri, akak tak bagi pun subsidi2 kesihatan ni dekkkk…. Kau kuat mentekedarah gula sampai sakit itu ini dek??? Padan muka kojol lah kau kat situ sebab dah la miskin, tak reti jaga kesihatan pulak tu dekkkk! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni sekejap2 test darah. Pagi petang malam.. Mau tak melecet budak. 3 hari duk situ , 3 hari lah test darah. Rupa nya satu test sample misplaced. Cucuk lagi. Ubat sakit tak bagi2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi hospital swasta ni dia ada klinik2 dia, maksudnya nak pergi gynae kena pergi gynae aje, nak check ENT kena pergi klinik lain. My mom cakap dia pindah dari swasta ke government sebab ni. Kalau doc gomen, dia akan sentiasa refer kita pada doc lain kalau dia ada jumpa something. Kalau swasta semua klinik macam separate. |
|
|
|
|
|
|
|
memang tu...di hospital kerajaan anak anak dicucuk mcm apa ja..kasian tengok anak dibuat mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul, doktor pelatih hazabedah benor cucuk salah tempat. Datang nurse, tutup mata pon dpt cari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korang tngok kt fb pmpuan tu.. Memang asyik nk viralkn dan maki orng je kejenya... Dia je yg rasa diri betul |
|
|
|
|
|
|
|
Flowerqueen replied at 28-8-2024 10:07 PM
Kalau korang tngok kt fb pmpuan tu.. Memang asyik nk viralkn dan maki orng je kejenya... Dia je yg r ...
apa masalah dia? bila tgk fb dia baru perasan minah ni haritu viral pasal pomen katanya scam dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|