View: 1935|Reply: 0
|
[Selangor]
Kanak-kanak lemas di kolam rekreasi inap desa
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai lemas di kolam renang rekreasi sebuah inap desa di sekitar daerah ini, semalam.
Kejadian tersebut disedari bapa mangsa berusia 30an pukul 5.05 petang selepas terdengar jeritan seorang lagi anaknya yang terlihat mangsa tidak sedarkan diri di dalam kolam tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Khalid Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kolam rekreasi itu yang dibuka kepada pengunjung luar dengan mangsa ke lokasi tersebut bersama bapa dan tiga beradiknya yang lain.
Katanya, ibu mangsa tiada kerana menjaga anak bongsunya di rumah dengan keluarga itu tidak menginap di inap desa tersebut.
“Bapa kanak-kanak itu kemudian mengeluarkan mangsa dan cuba memberi bantuan pernafasan, namun tidak berhasil.
“Lelaki itu kemudian membawa mangsa ke klinik kesihatan berdekatan bagi tindakan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika tiba di klinik tersebut kira-kira pukul 6.25 petang,” katanya hari ini.
Jelas beliau, mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Sabak Bernam dan akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi bedah siasat.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... rekreasi-inap-desa/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|